responsif teks foto

Selasa, 22 Mac 2022

Bantuan i-Fitri Terengganu bernilai RM56 juta

 


Bantuan i-Fitri Terengganu bernilai RM56 juta dibayar 17 hingga 23 April ini.

Bantuan dana raya, i-Fitri bernilai RM56 juta dibayar kepada 148,700  ketua isi rumah (KIR) di negeri ini yang layak mulai 17 hingga 23 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan RM400 diberikan kepada 128,450 isi rumah miskin manakala RM250 pula kepada 20,250 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

Kerajaan Pas Terengganu mengembalikan pemberian dana raya yang diperkenal Barisan Nasional (BN) bagi meringankan beban rakyat terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Mereka yang layak boleh memohon bantuan berkenaan melalui portal di bawah bermula esok hingga 31 Mac.


Pemohon yang layak mestilah menetap dan mengundi di Terengganu disamping berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20) dengan pendapatan seperti ditetapkan dalam kedua-dua kategori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan, kontraktor berdaftar serta peniaga berlesen tidak layak untuk memohon bantuan berkenaan.

Sumber : utusan.com.my ,



1 ulasan:

AddToAny