Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Rabu, 5 Mei 2021
Pembongkaran Tanah Haram Pahang.
PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG 5 (AKHIR)
Kira-kira dua jam perjalanan 4X4 meredah hutan simpan tertiary yang sudah, sedang dan bakal ditanam dengan Musang King haram, kami akhirnya sampai ke tapak Projek Musang King haram Mr C yang dianggarkan seluas 1,000 ekar.
Benarlah seperti yang ditawarkan oleh Mr C kepada bakal pelaburnya... kawasan yang begitu cantik dengan pilihan bukit, lembah, sungai, jeram dan air terjun.
Walaupun menempuhi perjalanan yang memenatkan, saya lihat pelabur jutawan tua yang menyertai rombongan lawatan ini begitu teruja untuk segera memiliki lot tanah kebun haram masing-masing.
Mereka sanggup menawarkan harga tinggi bukan sahaja untuk membeli lot haram di kawasan tepi anak sungai yang berjeram, tetapi turut bersedia membayar ratusan ribu ringgit kepada kontraktor yang sanggup membangunkan ladang Musang King haram impian masing-masing.
Selepas menyemak kordinat lokasi GPS Gamin yang saya bawa bersama, barulah saya tahu kawasan berkenaan letaknya di Hutan Simpan belakang Janda Baik dalam Daerah Bentong.
Rupa-rupanya mereka sedang “mengepung” kawasan tanah Rizab Melayu Janda Baik yang tersepit dengan tanah haram halia dan sayur di Bukit Tinggi.
Dalam perjalanan pulang, saya bertanya kepada pasangan pelabur yang menumpang kenderaan saya, mengapa mereka tidak membeli sahaja tanah halal atau tanah bergeran memandangkan mereka kaya dan mampu membelinya.
Lagipun tanah haram banyak riisiko terutama dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri dan lokasinya pula sangat jauh ke dalam hutan.
"Ini tempat masih nature, cantik dan sejuk... kalau beli tanah yang ada geran semua sudah developed dan tidak nature lagi.
"Itu risk kita boleh kawtim la... Sana Raub semua dia orang buat macam ni sudah puluh-puluh tahun... mana dia orang (Kerajaan Negeri) ambik balik.... Sooner or later nanti mesti boleh dapat geran juga."
Selepas keluar dari lokasi tanah haram dan semua pelabur pulang, saya tanya Mr C:
"Banyak berani you ambik wang dan convince investors... Kalau nanti Kerajaan Negeri ambik balik ini kawasan macam mana? Dia orang mesti mau ambik balik dia orang punya investment?"
"Haiya boss.. You tak nampak dari mula kita masuk tadi semua pun tanah haram... Itu kebun getah, sawit dan Musang King... sudah lama keluar hasil... Mana ada kacau, semua sudah kawtim maa!"
"Lagi kalau sudah keluar hasil... Kita colect RM10,000 satu ekar, kalau satu ribu ekar sudah RM10 juta... Sini area ada berapa ribu ekar? Ini wang collection kita kasi sama Tuanku mesti boleh kawtim dapat geran maa!"
Apabila saya jawab:
"Baru punya Tuanku tak macam dulu punya Tuanku ada orang boleh guna nama itu Tuanku... Sekarang punya tak boleh... Saya banyak kenal sama ini baru punya Tuanku!"
Mr C terus terdiam dan saya cepat-cepat meminta diri untuk pulang kerana waktu itu sudah jam 4 petang dan saya belum lagi solat Zohor.
Selepas solat di Masjid Karak, airmata saya menitis dalam doa saya meminta supaya Allah hentikan segera segala bentuk penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa yang menyebabkan tanah airku daripada terus tergadai kepada bangsa lain.
Di manakah nanti anak cucu bangsaku boleh menumpang apabila semua tanah-tanah hutan Kerajaan Melayu ini habis dibolot oleh kaum pendatang?
Akhir kalam, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan terhadap pembongkaran ini sama ada dalam bentuk like, share dan menyalurkan maklumat tambahan.
Ini adalah usaha kita bersama demi menyelamatkan khazanah Negeri Tanah Melayu yang sepatutnya diwariskan kepada anak cucu kita di kemudian hari tetapi telah disamun oleh kaum pendatang dengan dibantu oleh penguasa Melayu!!!
Mari kita terus bersama berjuang menghentikan pengkhianatan kepada bangsa kita ini.
CC:KHAIDIR AHMAD
(Wartawan Tua)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036
Catat Ulasan