responsif teks foto

Jumaat, 23 April 2021

Petugas TNB Maut Ketika Bertugas.

 

LIPIS- Perasaan pilu menyelubungi hati seorang isteri yang kehilangan suami disaat menantikan kelahiran anak sulung tidak lebih dari sebulan lagi amat perit untuk ditelan.

Begitulah perasaan yang dialami oleh Nur Aina Asmawi, isteri kepada Mohd Tahhir Qalli Latif yang telah pergi menghadap Ilahi beberapa hari yang lepas akibat kemalangan ketika bekerja.

   "Allah lebih menyayangi arwah suami, dan saya tetap redha dengan ketentuan ini",

   "Namun saya akan cuba kuat demi menjaga waris arwah yang bakal lahir ini". Antara luahan rasa yang dikongsikan oleh balu.

Arwah Mohd Tahhir Qalli telah berkhidmat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir 5 tahun dan telah ditempatkan di cawangan Lipis. Beliau telah terlibat dengan kemalangan ketika bekerja dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama kesan dari renjatan elektrik.

Hari ini Pengurus PERKESO Bentong, Ahmad Shazwan Bohari telah menziarah dan menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada waris yang turut dihadiri wakil daripada majikan pihak pengurusan TNB Wilayah Pahang dan Penghulu Mukim Gua.

Selain FPM, waris iaitu isteri  dan anak arwah yang bakal dilahirkan juga akan layak menerima Faedah Orang Tanggungan dalam bentuk bayaran pencen bulanan.

Takziah sekali lagi diucapkan kepada keluarga arwah dan diharapkan seluruh warga kerja diseluruh negara sentiasa meletakkan pengamalan tatacara keselamatan ketika bekerja sebagai yang utama agar tiada lagi tangisan orang tersayang pada hari mendatang. 23 April 2021.

Kredit FB PERKESO


Tiada ulasan:

AddToAny