Makluman Berkaitan Pembaharuan PAT-G
Buat masa ini, tiada kaedah atas talian disediakan. Permohonan pembaharuan PAT-G perlu dibuat di pejabat LGM/JPS/LIGS berhampiran.
Permohonan pembaharuan PAT-G boleh dibuat dalam masa satu (1) tahun sebelum habis tempoh permit itu sehingga 31 Disember pada tahun tempoh sah permit itu.
Permohonan pembaharuan PAT-G perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Bagi tanah bergeran: sertakan salinan geran tanah yang terkini.
- Bagi tanah tanpa geran: sertakan surat akuan sumpah atau dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
- Bagi tanah tanpa geran melebihi 2 hektar: tambahan sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
- Bagi tanah dibawah seliaan agensi yang masih belum memiliki geran tanah: sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi berkenaan.
Permohonan Pembaharuan PAT-G boleh ditolak jika:
- Tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
- Tidak mematuhi mana-mana syarat PAT-G;
- Mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tanpa mengira sama ada pemegang PAT-G itu mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu adalah palsu atau sebaliknya; atau
- Pembaharuan PAT-G itu akan memudaratkan industri getah Malaysia.
Klick Sekarang : Semakan Kad PAT-G
Tiada ulasan:
Catat Ulasan