Ketika diberi peluang membela diri di dalam mahkamah, pemimpin Ikhwan, Dr Muhammad Al Baltaji dengan lantang berucap:
“Aku adalah pelajar keenam terbaik seluruh negara dalam peperiksaan sijil menengah (seperti SPM di Malaysia).
Selama 6 tahun berturut-turut aku adalah mahasiswa perubatan terbaik. Aku adalah seorang doktor pakar. Aku juga seorang professor pengajian perubatan di Universiti Al Azhar.
Aku turut mengusahakan pusat perubatan antara yang terbaik di Mesir (memberikan khidmat percuma kepada pesakit miskin). Aku terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan di negara ini.
Lalu kalian tangkap aku. Selepas 22 hari, aku dihadapkan dengan 25 pertuduhan jenayah di 25 daerah. Seolah-olah aku adalah ketua mafia dunia!
Segala2nya berlaku selepas kalian membunuh anak perempuanku (Asma’) di dataran Rabiah Al Adawiyah. Kalian siksa anak lelakiku (Anas dan Khalid).
Kalian tekan isteri dan keluargaku (isterinya dihukum penjara 6 bulan). Kalian bakar klinikku dan rumahku.
Adakah kalian menyangka aku berdiri di sini untuk membela diri? Aku bersumpah dengan nama Allah, sama ada kalian menjatuhkan hukuman mati ke atasku atau kalian membebaskan aku, sama sahaja bagiku.
Aku berjuang pada jalan Allah untuk negara ini. Biarlah generasi ummah akan datang mengetahui siapakah yang berdiri dalam saf yang benar dan siapa yang berdiri dalam barisan yang batil.
وَسَیَعۡلَمُ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوۤا۟ أَیَّ مُنقَلَبࣲ یَنقَلِبُونَ
"... Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali."
Kredit FB Ust Aris Hazlan Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan