responsif teks foto

Rabu, 2 Jun 2021

Kerja di Ladang FELDA sekarang

 



Tawaran Kerja Borong Kecil (KBK)

Pada siri lalu, admin kongsikan video berkenaan tawaran Kerja Borong Kecil (KBK) yang membuka peluang kepada mereka untuk menceburi sektor perladangan sawit.

Alhamdulillah maklum balas yang diterima admin amat menggalakkan sekali gus menjadi petanda melihat sektor ini disertai anak-anak tempatan.

Video siri kedua kali ini Ketua Bahagian Perolehan FELDA Plantation Management Sdn. Bhd., (FPMSB) menyarankan kepada mereka menyertai KBK sebagai langkah awal untuk bergerak lebih jauh sebagai kontraktor ladang.

Selain itu, Admin menemubual Pengurus FPMSB Bukit Rokan, Encik Mohd. Yussaini Mohd Nor yang menceritakan sudah ada anak peneroka dan menantu peneroka terlibat dalam KBK.

Malah beliau mengalu-alukan lebih ramai lagi anak tempatan menyertai KBK dalam menambah pendapatan.
  • Lima KBK ditawarkan oleh FPMSB iaitu:
  • Menuai
  • Membaja
  • Merumput
  • Memangkas pelepah
  • Kawalan musuh dan penyakit.
Untuk siri seterusnya, Admin turut menemubual mereka yang terlibat dengan KBK. Apa yang menarik, kerja di ladang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada mereka.

Jom kita saksikan dan sebarkan video ini untuk lebih ramai menyertainya.


Kredit : Felda Technoplant Sdn Bhd

Tiada ulasan:

AddToAny