responsif teks foto

Rabu, 28 September 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia Julai 2022.

 


Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 21.2 peratus bulan ke bulan pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).Jabatan itu menjelaskan perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan pengeluaran getah asli susut 21.8 peratus.

“Pengeluaran getah asli Malaysia pada Julai 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 88.5 peratus berbanding sektor estet sebanyak 11.5 peratus,” menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, Julai 2022 yang dikeluarkan pada Rabu.
DOSM menambah, jumlah stok getah asli pada Julai 2022 kurang 20.1 peratus kepada 224,591 tan daripada 281,051 tan pada Jun 2022. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), menurutnya.
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,771 tan pada Julai 2022 menurun 8.4 peratus daripada 58,685 tan yang dicatatkan pada Jun 2022

“China terus kekal sebagai destinasi utama yang menyumbang 48.1 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport pada Julai 2022 diikuti Jerman (6.4peratus), Amerika Syarikat (4.2 peratus), Finland (3.4 peratus) dan Pakistan (3.0 peratus),” jelas DOSM.Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan iaitu 15.9 peratus bulan ke bulan kepada 532.28 sen sekilogram pada Julai 2022 manakala sekerap susut 2.8 peratus (bulan ke bulan) kepada 566.13 sen sekilogram pada Julai 2022, menurutnya.

Kredit : BERNAMA

Tiada ulasan:

AddToAny