responsif teks foto

Sabtu, 4 September 2021

Pekan Padang Tengku kena PKPD

 


Oleh AMREE AHMAD
3 September 2021, 8:30 pm

PUTRAJAYA – Penduduk di sekitar Pekan Padang Tengku dalam Daerah Lipis, Pahang antara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia namun hanya melibatkan sebanyak empat kawasan dalam Mukim Gua melibatkan Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia dan deretan kedai di pekan tersebut susulan kemunculan Kluster Kampung Baru Lipis yang diumumkan semalam.

Kes indeks wabak dalam komuniti itu berasal daripada seorang warga tempatan yang bergejala demam sejak 22 Ogos sebelum dia disahkan positif Covid-19 selang dua hari kemudian.

Seramai 18 kes baharu dikesan hasil saringan ke atas 79 individu dan penularan dari pekan itu turut menyebabkan Kluster Kampung Telemin yang berjiran serta menjangkiti 32 orang lain.

Turut dilaksanakan PKPD serentak mulai lusa ini ialah dua lokaliti di Perak iaitu Taman Samudera, Daerah Manjung dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Daerah Batang Padang.

Dalam pada itu, Rodzi menambah, dua lokaliti di Sabah yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung 14 hari iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus, Kota Belud. – K! ONLINE


Tiada ulasan:

AddToAny