responsif teks foto

Selasa, 10 Oktober 2023

Projek Jalan Kampung Lubuk Kulit - RTP Sungai Ular


KERAJAAN NEGERI PAHANG LULUS PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH BAGI PROJEK NAIK TARAF JALAN LUBUK KULIT - SUNGAI ULAR

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini (10 Oktober 2023) telah meluluskan permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi Projek Menaik Taraf Jalan Lubuk Kulit – Sungai Ular di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melibatkan 32 lot tanah hak milik dengan keluasan yang diambil adalah 3.5509 hektar (8.7745 ekar) di Mukim Telang dan Batu Yon, Daerah Lipis.

Jajaran projek ini melibatkan lot tanah di perkampungan Lubuk Kulit bermula dari Jambatan Berchang Baru dan berhampiran dengan Dewan Orang Ramai Lubuk Kulit serta Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan berakhir di jalan masuk ke Pejabat Ladang Bukit Puteri berhampiran dengan Masjid Sungai Ular dan Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular.

Dalam pada itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyediakan anggaran peruntukan kos keseluruhan projek sebanyak RM66 juta dengan anggaran kos pampasan pengambilan tanah sebanyak RM3.63 juta.

Saya berharap projek naik taraf jalan di kawasan ini dapat memberikan kemudahan perhubungan jalan raya yang selamat dan selesa serta meningkatkan taraf kehidupan yang sejahtera kepada rakyat.

YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
10 Oktober 2023

 

Tiada ulasan:

AddToAny