Sampai 28 Nov 2023
Mula mengeluarkan jambak 12 bulan selepas ditanam
Boleh tuai - 25 bulan selepas tanam
Purata bilangan tandan (thn ke5) -18
Berat tandan purata- 17.4kg
Hasil potensi tahun ke 5 - 35 t/ha
Hasil minyak 8.89 tan/ha
OER potensi - 26. 3%
Tahukah anda?
Yangambi ML161 adalah bahan tanaman DxP komersial yang dikeluarkan oleh FGV Agri Services. Nama 'Yangambi' merujuk kepada pohon induk Pisifera yang digunakan dalam proses kacukan silang dan pendebungaan terkawal. Ianya berasal dari suatu tempat di Wilayah Tengah Zaire, Afrika (kini lebih dikenali sebagai Congo) yang dinamakan Yangambi. ML161 pula adalah kod pohon induk elit pisifera digunakan sebagai rujukan dalam penyelidikan.
Induk asal Pisifera Yangambi ini diperkenalkan oleh FGVAS ke Malaysia melalui program biak baka yang telah terbukti dan diuji sejak tahun 1970. Ahli biakbaka telah menemui induk Elit ML161 ini pada 1980an di Ladang Penyelidikan FGV Agri Services Sdn. Bhd. Induk Pisifera ML161 mempunyai kelebihan dari segi 'general combining ability' (GCA) yang sangat baik dengan mana-mana induk Dura terpilih berbanding baka pisifera lain. Pada masa kini, terdapat sebanyak 130 pohon induk pisifera dari generasi ML161 telah dibangunkan bagi tujuan komersil.
Gambar adalah induk Pisifera Yangambi ML161 berusia 48 tahun yang telah di 'rendahkan' melalui teknik slanting supaya dapat diselenggara dengan baik dan terus dikekalkan untuk tujuan R&D serta pengeluaran biji cambah sawit FGV.
Benih dicipta
Biji benih Yangambi ML161 dicipta melalui program pembiakbakaan dan penyelidikan sawit di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak milik FGV yang terletak di Jengka, Pahang, merupakan salah sebuah pusat penyelidikan kelapa sawit terbesar di Asia Tenggara.
Ia telah menerima anugerah berturut-turut Best Brand Oil Palm Germinated Seed oleh The BrandLaureate Awards dari 2012 hingga 2016 serta Brand Influencer Award untuk tahun 2018-2019. Ia merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan program pembiakbakaan sawit FGV.
Selain Yangambi ML161, FGV juga menawarkan jenis biji benih Yangambi 3-Way, yang tumbuh menjadi pokok kelapa sawit dengan tetulang pelepah yang lebih pendek, ketinggian sederhana dan memberikan hasil minyak lebih tinggi berbanding dengan pokok kelapa sawit komersial lain.
Bahan tanaman ini menguntungkan industri dengan kepadatan penanaman yang lebih tinggi di tanah yang sedikit, dengan ciri-ciri seperti jumlah tandan yang tinggi sambil mengekalkan saiz tandan yang sederhana.
Pengeluaran biji benih tahunan FGV adalah berjumlah sebanyak 20 juta dan sejak dilancarkan dan dikomersialkan pada tahun 2002, FGV telah menjual sebanyak 400 juta biji benih, bersamaan dengan sekitar 2 juta hektar tanah yang ditanam.
Katanya, semua bahan tanaman kelapa sawit FGV juga telah menerima kelulusan piawaian Malaysian Standard MS157: 2017.
siap semai 30 Nov 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan