responsif teks foto

Rabu, 6 Januari 2021

SEMAK SEKARANG PEMILIHAN AKHIR PENGAMBILAN REKRUT TD 2020 SIRI 193



A.  ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
PELUANG KERJAYA DALAM TENTERA DARAT TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (LELAKI) YANG BERKELAYAKAN DAN MENEPATI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN BERMINAT DI DALAM PROFESION KETENTERAAN

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK (LELAKI)
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Pernyataan keputusan tidak diterima. Slip Keputusan SPM tahun 2019 sahaja diterima.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut : Matematik atau salah satu subjek Sains atau Bahasa Inggeris (Dipaparkan Dalam Transkrip). Pernyataan keputusan tidak diterima.

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Skim Kemasukan SPM).

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Penyataan keputusan tidak diterima.

5. Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH diIktiraf  KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM.

6. Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

LAIN-LAIN KELAYAKAN
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah di PUSASDA pada 26 Mac 2021.

3. Taraf Perkahwinan Lelaki Bujang/ Kahwin/Duda.

4. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana (Tapisan Keselamatan akan dibuat oleh Sel Pengambilan).

5. Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa Pemilihan Akhir.

6. Sesi Pemilihan Awal secara atas talian.

7. Sesi Pemilihan Akhir ditawarkan bagi calon yang lulus sesi Pemilihan Awal melalui panggilan e-mail.

8. Kriteria Tambahan: Keutamaan akan diberikan kepada yang berkebolehan seperti berikut:

  • Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
  • Berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf.
  • Penguasaan bahasa asing.
  • Mahir berenang.

9. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
  • Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki).
  • Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki).
  • Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki).
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9
  • Mata: Mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Pemohon dikehendaki MUAT NAIK (Upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.
  • Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.
  • Sijil SVM bersama transkrip.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS) terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
  •  Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
  • Gambar terkini berukuran passport.
  • Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).




B.  PERMOHONAN

PERMOHONAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 193/2020 

Sila isi butiran di bawah dengan lengkap. Kepada semua calon dikehendaki mengisi dengan HURUF BESAR.

Sebelum anda 'HANTAR/SUBMIT' permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul.

Tarikh Buka Iklan Permohonan Perajurit Muda : 18 Jun 2020.
Tarikh Tutup Iklan Permohonan Perajurit Muda: 18 Jul 2020.

TENTERA DARAT PROFESION PILIHAN ANDA

Klik Untuk Memohon

Atau

SILA HUBUNGI




Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD Lelaki Siri 193 lelaki Tahun 2021

Lokasi :

ZON SELATAN
1. Markas Staf Stesen  Kluang
Tarikh : 22 hingga 27 Jan 2021.

2. 15 RAMD Seramban
Tarikh : 09 hingga 15 Jan 2021.


ZON TIMUR

3. 4 BGD Kem batu 10 kuantan 
Tarikh : 9 hingga 19 Jan 2021.


4. Markas Staf Stesen Desa Pahlawan Kelantan -
Tarikh : 24 Jan hingga 05 Feb 2021.

ZON UTARA

5.Markas Staf Stesen Sg Petani
Tarikh : 24 Jan hingga 04 Feb 2021.

6. Markas Staf Stesen Taiping
Tarikh : 9 hingga 19 Jan 2021.


ZON SARAWAK


7. Kem Pennrisen Kuching
Tarikh : 08 hingga 17 Feb 2021.


ZON SABAH

8. Markas Staf Stesen  Kem Lok Kawi
 Tarikh : 08 hingga 17 Feb 2021.

ZON TENGAH

9. 4 Div Kem Wardleburn
Tarikh : 02 hingga 10 Feb 21






Jangan Masuk Tentera : Dengar abang ni pesan..."



28 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Peluang bagi yang berminat

Nan Zul berkata...

Minat penting tak tahu boleh belajar dan diajar

Unknown berkata...

Tarikh tutup tu ke baru dia umumkan kepada orang yang senarai pendek ?

miao sai berkata...

ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483

Unknown berkata...

Bila nak tau ye, panggilan akhir tarikh yee bilaa ?

Unknown berkata...

Panggilan awal bila nak dipanggil?

Unknown berkata...

Bila ye blh tahu tarikh utk pemilihan akhir 193??

Nan Zul berkata...

18 Julai 2020

Nan Zul berkata...

18 Julai 2020

Unknown berkata...

Minat

Unknown berkata...

Salam..bila yaa sampai surat utk siri 193?

Nan Zul berkata...

sabar menunggu

Unknown berkata...

Semoga di permudahkan

Amalsyah1 berkata...

Bila pringkat akhir ne blh semak

Zul berkata...

Bila ya panggilan tentera lagi,minat

Nan Zul berkata...

Kerjaya sebagai Pegawai Tentera ATM https://lipis-zaini.blogspot.com/2020/09/kerjaya-sebagai-pegawai-tentera-atm.html?m=1

Unknown berkata...

Bila nk tahu keputusan pemilihan siri 193 ni ya.

Unknown berkata...

Saya berminat

Unknown berkata...

BILA TARIKH SETERUSNYAJSETERUSNYA

Unknown berkata...

Saya sangat berminat mnjadi tentera...saya mahu sambung jenerasi arwah tok sedara saya komando...

Unknown berkata...

bila dipanggil?

Unknown berkata...

Siri 193 bila pangil?

Unknown berkata...

Aslm says dah isi tapi tak masuk lagi mesej nih

Unknown berkata...

Bila panggilan says dah isi tapi tak masuk mesej

Nan Zul berkata...

Permohonan Jawatan Perajurit Muda TUDM Siri 64/21 (LELAKI)

https://lipis-zaini.blogspot.com/2020/10/perajurit-muda-tudm-siri-6421-lelaki.html

Unknown berkata...

Macam Mana nk log masuk tentera darat pemilihan akhir

Unknown berkata...

Bile panggilan saya nak tahu dapat ke tidak macam mana saya takut terlepas sahaja as iri 193 TD

Nan Zul berkata...

Semak Sekarang Pemilihan Akhir Siri 193 TD

AddToAny