responsif teks foto

Jumaat, 1 Januari 2021

KPPK komited laksana proses transformasi perusahaan getah




Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyediakan geran sebanyak RM300,000 bagi setiap koperasi dianggotai pekebun kecil sebagai galakan mereka menceburi bidang perniagaan getah krip (crepe rubber).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu berupaya meningkatkan peranan dan taraf ekonomi pekebun kecil getah di negara ini.

Bagi merealisasikannya, kementerian bersedia memberikan geran RM300,000 kepada koperasi untuk membeli mesin memproses getah sekerap kepada getah krip.



"Ini pendekatan untuk meningkat pendapatan pekebun kecil menerusi produk baharu," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf dan B40 Pekebun Kecil di Felcra Kampung Kok, di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin berkata, pada peringkat permulaan kementerian menyasarkan 20 koperasi pekebun kecil menyahut cabaran memulakan perniagaan berkenaan.

"Kaedah ini membolehkan koperasi membeli getah sekerap pekebun pada harga lebih tinggi kerana produk getah krip yang dihasilkan kelak juga mampu dijual dengan harga tinggi.

"Ini kerana Perbadanan Lembaga Getah Malaysia (LGMPC) akan membeli getah krip terbabit kemudian menjualnya ke pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata, keuntungan yang diperolehi koperasi akan dipulangkan kepada pekebun kecil selaku ahli koperasi menerusi pembayaran dividen lebih tinggi. - 29 Dis 2020 Langkawi

Tiada ulasan:

AddToAny