Pakej Bantuan Khas PKP 2.0 |
Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri:
1. Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
2. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
3. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
4. Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
5. JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
6. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
7. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
8. Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
9) Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
10. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
11. Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
12. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
13. Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
14. Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
15. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan