responsif teks foto

Jumaat, 15 Januari 2021

Banjir besar(bah)2021 Menimbulkan kapal abad ke -18

 

Laporan TV 3

Laporan Astro Awani

"copper sheathing" 

kapal diperbuat daripada kayu




Kapal ni berusia sekitar 200 tahun sahaja, tak sampai 400. Gambar yang ada angka '16' tu adalah 'copper sheathing' atau salutan tembaga, dan tertulis "16" tu bukan tahun 1600-an, tapi '16oz' atau '16 ounce', berat salutan tembaga tu 16 auns (kira-kira 454 gram), sekeping.

Ini adalah kapal yang dipanggil 'copper-clad ship', yang mana sebahagian besar kapal diperbuat daripada kayu dan bahagian bawahnya (yang di dalam air) disalut dengan kepingan tembaga (copper sheathing). Kapal jenis ni mula digunakan dalam abad ke-18 (tahun 1700-an).

"Vivian & Sons" adalah pengeluar salutan tembaga tu sahaja, bukan nama kapal atau nama pemilik kapal. Kapal ni mungkin digunakan untuk pengangkutan di zaman British di Pahang, menyusuri Sungai Pahang dan mungkin juga turut di laut untuk ke Singapura dan sebagainya, semasa Kuala Lipis menjadi pusat pentadbiran (ibu negeri) Pahang di bawah British.

Kredit FB : Wanusyu Yurn



Jumpaan Kapal Lama di Lipis

Lantaran banjir yang agak besar di Pahang terutama di Lipis dijumpai  artifak lama  di Lipis.Artifak lama boleh diuji secara teknik C14 seperti saya kuliahkan dalam "Kuliah Arkeologi-Bahagian Pengenalan " yang ahli kelas saya kini  telah melebihi 9000 orang.Ini menunjukan ramai dari kita yang berminat dalam bidang arkeologi. Namun memasuki Universiti Awam bukan mudah bagi kita diMalaysia. Justru , saya berikan kuliah percuma  d iFB ,sejak  beberapa tahun  dulu.Menjawab persoalan artifak ditemui diLipis itu ada beberapa perkara dikenalpasti untuk mendapatkan tarikh kapal itu dibuat. 1.Kalau dikapal itu telah diletak tarikh oleh pembuat kapal itu adalah Tahun 1609 ,maka itulah tarikh kapal itu dibuat. 2.Jika kapal itu tiada tarikh dibuat maka kita boleh uji kayu binaan kapal itu dengan Teknik C14. Sayang diMalaysia belum ada Makmal C14, malahan di USM belum ada lagi. Jadi kita boleh hantar sample untuk diuji di University Glasgow dengan menghantar sample kayu dibuat kapal itu dengan dikenakan bayaranya.Bayaran boleh lah dicari penajanya. Sekian dulu.

Kredit FB: Dr Aminudin Bin Abdul Karim


Tiada ulasan:

AddToAny