responsif teks foto

Khamis, 7 Januari 2021

Selepas Banjir 2021: Aktiviti Pembersihan

"Bagai Tsunami melanda  pekan Benta...."

 


Banjir di Kuala Lipis Pahang telah surut dan Tinjauan suasana selepas banjir pada jam 6.30 petang tadi amat melegakan semua penduduk Kuala Lipis.Kini, misi pembersihan lumpur banjir dan kesan akibat banjir giat dilakukan oleh para sukarelawan dan NGO. Terima kasih buat Dumper Truck ( King kong )yang banyak membantu ketika banjir.

Syukur Alhamdulillah banjir telah surut. Ini amat melegakan penduduk di sekitar Kuala Lipis khususnya di Kampung Tempoyang dan Padang Tengku.

Jom saksikan Pemandangan di sekitar bandar Kuala Lipis yang masing-masing sedang sebok bergotong-royong membuat pembersihan di rumah , sekolah dan premis kedai setelah banjir surut.

Longgokan barang-barang dan peralatan rumah di hadapan rumah dan premis menjadi pemandangan di sana sini.

Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan.

Kredit : Raziah Anuar

Tiada ulasan:

AddToAny