responsif teks foto

Ahad, 24 Januari 2021

Belajar dari Rumah guna telefon pintar percuma.


YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah untuk belajar dari rumah. Bagi memastikan sesi pembelajaran tidak terganggu, YTL Foundation menyediakan juga data percuma kepada para guru.
Para guru diminta memberi senarai nama pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membolehkan mereka menerima telefon pintar secara percuma sumbangan Yayasan YTL. Setiap telefon pintar itu akan dilengkapi dengan kad prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh setahun, guru-guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar tersebut.

Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:
  • Nombor MyKad/MyKid murid
  • Nombor MyKad ibubapa
  • Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :
  • Salinan MyKad/MyKid murid
  • Salinan MyKad ibubapa
Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.

YTL Foundation  : https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/








Anda juga boleh semak kelulusan secara online di lcs.yes.my/



Tiada ulasan:

AddToAny