responsif teks foto

Jumaat, 29 Januari 2021

Peneroka keliru : Penjualan Saham FGV



Rata-rata peneroka di sini keliru dan tidak faham dengan tindakan Felda yang menawarkan pembelian saham FGV Holdings Berhad (FGV) yang dimiliki mereka dengan harga RM1.30 per unit.

Ketua Peneroka Felda Jengka 6, Saharuddin Lela berkata, Felda perlu membuat penjelasan terperinci berhubung perkara tersebut supaya tidak wujud salah faham dalam kalangan peneroka.

“Memandangkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ekoran Covid-19, Felda perlu memikirkan kaedah munasabah supaya penjelasan berhubung perkara itu dapat segera dibuat.

“Kita perlukan penjelasan berhubung rasional tawaran berkenaan (jual saham FGV),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, penerangan menyeluruh perlu dilakukan supaya semua pihak faham tujuan sebenar Felda untuk mengambil semula saham FGV milik peneroka.

Katanya, oleh kerana kekangan Covid-19, penerangan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp atau menerusi aplikasi sosial lain secara dalam talian.

Ketua Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim mengakui tidak mengetahui hujung pangkal kerana setakat ini belum diberitahu tentang penjualan saham FGV milik peneroka itu

Pandangan : Jual atau Tidak


                                                                      Dato' Zulkefli 

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Felda (DPBF) Pahang, Muzammil Mualif bersetuju dengan pandangan Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar supaya peneroka tidak menjual saham mereka.

Katanya, ia selari dengan penegasan pemimpin dan pegawai tertinggi Felda sebelum ini yang mengingatkan peneroka supaya jangan berbuat demikian.

“Seharusnya ada usaha bersepadu saham FGV milik peneroka ini ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi ekonomi peneroka

- UM 28 jan 2021

Sumber Utusan Malaysia.

1 ulasan:

Nan Zul berkata...

Tanya Org Tua tadi, dia tanya tok empat(Pengerusi JKKK). Tok empat suruh jual maka jual lah dia saham tu..."

AddToAny