responsif teks foto

Jumaat, 8 Januari 2021

Amaran Cuaca (Waspada)




𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐁𝐔𝐑𝐔𝐊 & 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝟒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

Ia melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, turut dikeluarkan melibatkan seluruh Kelantan dan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara di Johor, melibatkan Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca buruk juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, di Pahang sehingga Sabtu ini.

Malaysian Meteorological Department


Tiada ulasan:

AddToAny