Punca Penurunan Harga Sawit Nov - Dis 2026
1 Stok minyak sawit Malaysia sudah terlalu penuh
Stok CPO Malaysia mencecah 3.62 juta tan (bulan Oktober 2026), naik 3.15% berbanding bulan September. Pengeluaran sawit musim ini meningkat, tetapi eksport tidak secepat pengeluaran. Tangki simpanan penuh, maka harga terus ditekan turun.
2 Indonesia akan mengeksport lebih banyak sawit
Indonesia kurangkan cukai eksport mereka. Mereka rancang untuk mempercepat eksport pada bulan November dan Disember. Ini bermakna sawit Indonesia akan dijual lebih murah di pasaran dunia, lalu menekan harga sawit Malaysia juga.
3 Harga minyak soya dunia juga turun
Pembeli luar negara lebih suka beli minyak soya yang lebih murah, permintaan terhadap sawit berkurang.
4 Harga minyak mentah dunia lemah
Apabila harga petroleum jatuh, permintaan untuk biodiesel (yang dibuat daripada sawit) juga kurang, jadi harga CPO terjejas.
5 Ringgit Malaysia menguat sedikit
Ringgit yang lebih kukuh membuat harga sawit Malaysia kelihatan lebih mahal bagi pembeli asing, jadi mereka kurang berminat membeli .
Penjual spekulator mula jual stok
Apabila pasaran nampak tanda-tanda harga akan jatuh, pedagang mula menjual dengan cepat, lalu membuat harga jatuh lebih cepat lagi.
Ringkasnya:
Stok minyak sawit kita penuh, Indonesia berhasrat untuk menjual lebih banyak, harga minyak kacang soya dan petroleum telah jatuh, serta nilai ringgit telah mengukuh—gabungan faktor-faktor ini telah menyebabkan harga minyak sawit merosot dengan tajam, iaitu penurunan hampir 11.4% sejak akhir Oktober 2026.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan