Politik Era 50an
Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 secara Perlembagaan, menerusi perpaduan parti-parti politik berbilang kaum, UMNO, MCA, dan MIC yang tergabung dalam Parti Perikatan pimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.
Pencapaian kemerdekaan ini tidak direstui oleh seluruh rakyat Malaya. Pemimpin parti Melayu lain seperti PAS pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi dan pejuang-pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang pro-Indonesia seperti Ahmad Boestamam, dan Ishak Hj. Mohammad dari Parti Rakyat dan lain-lain menganggap kemerdekaan itu kosong dan tidak membawa apa makna. Ahmad Boestamam menyokong gagasan Indonesia Raya dan pemberontakan sebagai cara mencapainya. ‘Merdeka Dengan Darah’, ‘Kebebasan Dengan Pertumpahan Darah’, menjadi mottonya.
Mereka beranggapan demikian kerana kemerdekaan Malaya masih mengekalkan pangkalan tentera British, tidak mengambil alih harta asing dan masih mengekalkan pegawai-pegawai dagang dalam pasukan polis dan pentadbiran negara.
Tunku Abdul Rahman telah dikecam sebagai tali barut British dan boneka penjajah.
Di dalam Hutan.
Sementara di hutan belantara, Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng meneruskan perjuangan mereka untuk menghapuskan apa ymg dianggapnya saki-baki penjajah yang diwarisi oleh kerajaan Perikatan. Beberapa orang pejuang kiri Melayu menyertai gerakan pengganas ini.
Antaranya ialah Rashid Maidin, Musa Ahmad, Samsiah Fakeh dan Siti Norkiah Mahmud Baginda.
Sebelum kemerdekaan, Tunku telah pun memberi peluang kepada penganas-penganas ini untuk menyerah diri tetapi mereka mahu Parti Komunis Malaya (PKM) diiktiraf . Tunku menolak kerana mengetahui sebahagian besar anggotanya adalah orang Cina yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China di Republik Rakyat China.
Tunku memahami kebimbangan orang Melayu dan melihat betapa pentingnya untuk mengekalkan tentera British di Malaya sehingga anak-anak negara sendiri berkeupayaan mengambil alih jawatan-jawatan penting dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Tunku juga percaya kepada cara perubahan yang beransur-ansur dan licin dalam pentadbiran negara.
Cara Perjuangan Di Indonesia
Tunku tidak memilih cara Indonesia dan lain-lain negira Asia Afrika untuk mencapai kemerdekaan kerana diyakinkan oleh kejayaan cara aman penentangan orang Melayu terhadap Kerajaan Malayan Union yang mahu ditubuhkan oleh British di Malaya pada tahun 1946.
Kerana Malayan Union
Sebanyak 38 buah Parti Melayu dari selumh Malaya dan Singapura telah berhimpun di Kelab Sultan Suaiman pada 11 Mac 1946 bagi menentang Malayan Union yang bertujuan mengekalkan Malaya sebagai tanah jajahan British dan menghapuskan kuasa raja-raja
Ekoran dari itu UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru dan Dato' Onn terpilih sebagai presidennya yang pertama bagi menuntut penubuhan Kerajaan Persekutuan.
Dengan kerjasama UMNO dan Raja-raja Melayu, Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan dan perlembagaannya ditandatangani oleh Raja-raja Melayu pada2I Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union. UMNO semakin yakin kepada perjuangan secara aman dan secara berperlembagaan.
Kemerdekaan
Dengan cara inilah juga Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tetapi telah disindir sebagai kemerdekaan kosong oleh Indonesia dan agen-agennya di Malaya. Mereka berbangga dengan perjuangan secara revolusi yang menumpahkan darah.
Namun sesudah lebih 40 tahun merdeka, terbukti kepada dunia dan kepada kuasa-kuasa besar bahawa kemerdekaan Malaysia lebih mantap dan bermaruah dari beberapa negara lain di Asia Tenggara dan Afrika.
Ini amat jelas dari segi dasar luar negara dan juga ekonomi. Strategi Amerika Syarikat untuk memastikan pergantungan Asia Tenggara ke atasnya menerusi serangan pasaran saham dan modal pada tahun 1997 dengan berselindung di sebalik langkah menyelamat IMF telah terbantut di Malaysia keupayaannya bertahan dengan strategi kewangan dan ekonomi yang tersendiri.
Strategi pertahanan Malaysia itu telah menggemparkan dunia dan menimbulkan kemarahan dunia Barat terutama media Amerika Syarikat.
Bagaimana akhirnya tindakan Malaysia diiktiraf sebagai langkah bijak berkesan.
Dalam masa yang sama, ketika serangan itu berlaku, pemerintah Malaysia Berjaya melumpuhkan ejen kuasa besar dunia yang berselindung disebalik gerakan politik reformasi yang merupakan ke sinambungan campur tangan kuasa-kuasa asing dalam negara ini yang bermula dari gerakan komunis dunia, pelampau Islam, Malaysian Malaysia (perkauman cina) dan globalisasi terbukti jelas bahawa tidak semestinya cara perjuangan tidak berdarah. Tidak bermaruah.
Rujuk:
Wira tak Didendang.

HOME GUARD |
Dalam rundingan dengan PKM di Baling pada 28 Disember 1955, Tunku menawarkan pengampunan sekiranya mereka sanggup meletak senjata dan pulang ke China.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan