responsif teks foto

Rabu, 19 Januari 2022

Peluang Pekerjaan di ECRL

 

Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL)

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) adalah pemilik projek dan aset Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). MRLSB adalah syarikat bertujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.).

China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) adalah kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) untuk Projek ECRL.

Jaringan rel ECRL akan merapatkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

ECRL adalah infrastruktur nasional yang akan membantu menghubungkan antara bandar dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam di kawasan luar bandar.

ECRL adalah rangkaian kereta api elektrik yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.

Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak.

ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026




Tiada Lagi Perubahan.

Tiada lagi perubahan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas ini, setelah ia dimuktamadkan sepenuhnya dengan paling akhir membabitkan laluan di Selangor iaitu Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Ka Siong berkata, beliau telah menandatangani kelulusan penuh Skim Keretapi Jajaran C2 pada petang Rabu, selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengemukakan permohonan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL.

Mencari Peluang Pekerjaan dan Kerjaya

ECRL menjemput anda untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) dan menjalani program latihan kemahiran dalam industri pembinaan rel. Peserta akan ditaja sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Elaun dan faedah lain akan disediakan. Pelatih yang berjaya menamatkan program ini akan dijamin pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada pembinaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665 km ini.

Semak Peluang Kerjaya.

Tiada ulasan:

AddToAny