Masakan Tempoyak ikan patin |
Di Negeri Pahang terdapat dua makan yang paling mahal makanan tersebut adalah:
1.Ikan patin Muncung di Temerloh, Pahang RM280-300 sekilo
Sebut je Temerloh, ikan patin ni memang makanan paling popular kat sana. Kadang-kadang tu orang dari serata Malaysia sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ikan patin masak tempoyak yang fresh kat sana. Patin pula ada macam macam jenis, yang paling murah adalah patin sangkar yang diternak (dikatakan bau hanyir sebab berkumpul satu tempat je), lepas tu patin sungai, up sikit, patin buah yang harga dia kami check mencecah RM100 sekilo setakat tahun 2012.
Peminat tegar ikan patin yang pentingkan kualiti bolehlah pergi cuba. Biasanya, ikan patin buah dijual pada harga antara RM90 dan RM200 sekilogram, kalau yang dah masak, harga dalam RM18 hingga RM20 seketul ikut saiz. Tapi yang paling mahal setakat ni kitorang jumpa ialah ikan patin muncung, yang range harga dia mencecah RM280-300 untuk sekilo je. Ni yang belum masak, ok?
1 kg RM500 |
harga ikan sungai |
Nak dijadikan cerita, ikan patin ni jadi makin popular masa tahun 2011. Masa tu ada sekumpulan 56 orang yang pergi makan dekat restoran ikan patin di Temerloh. Sekali masa nak bayar, tergamam terus sebab hidangan patin termasuk air, semua sekali RM13,000. Nak tak nak tu kena bayar la juga. Sorang kena bayar RM240 lebih kurang sebab dah masuk perut, lepas tu baru buat report dan viralkan.
Pemilik Restoran 'Azmi Steam' di Lipis |
2 . Musang King mencecah RM110 sebiji
Musang King merupakan Raja buah yang terdapat di Pahang terutama daerah Raub, tidak susah untuk mencari bila musim Durian, perjalanan dari Bentong ke Bandar Raub di tepi jalan terdapat banyak gerai menjual buah tersebut atau mengikut jalan lama Sungai Penjuring – Kampung Sang Lee menuju Kampung Tras. Sekarang ini harganya sudah mencecah RM250 sekilo di Negara China.
Kampung Baru Sang Lee |
Musang King Musang King D197 |
"aku layak durian kampung aje...." |
Durian kampung yang aku tanam sendiri, zaman tu tak ada lagi Musang King |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan