Seawal jam 7.30 pagi tadi, saya bertolak ke rumah
pemimpin yang kita kasihi iaitu DS Najib di Langgak Duta, KL untuk menyampaikan
sedikit sumbangan awal daripada masyarakat Lipis untuk Tabung Pembelaan DS
Najib bagi separuh lagi bayaran ikat jaminnya esok.
Ternyata saya tersentuh apabila saya selesai serahkan
duit sumbangan, sempat lagi dia kata, Tok Man, “saya tak nak susahkan rakyat
sampai perlu bagi sumbangan untuk saya”. “Jangan heret rakyat bersama dalam
ujian yang saya terima ketika ini. Biarlah saya dan keluarga hadapinya.” Saya
cuma mampu kata “ walaupun tak banyak, inilah sumbangan ikhlas mereka untuk
Dato Seri yang dah banyak bantu masyarakat selama ni”. “Mereka juga sampaikan
salam pada DS”.
Dalam hati saya berkata, saat dia sedang susah pun, dia
masih fikirkan tentang rakyat. Inilah pemimpin kita.Sedih bila mengenangkannya
semula.
Untuk makluman semua, jumlah terkumpul yang diterima dari
Tabung UMNO Bahagian dan Sayap-sayap adalah sebanyak RM8012, dan dari Tabung
Pemuda sebanyak RM2670 dan jumlah keseluruhan RM10,682. Saya juga turut
menyumbang untuk DS Najib.
InsyaAllah kutipan sumbangan Tabung Pembelaan ini akan
diteruskan lagi seperti biasa. Bagi yang ingin terus menyumbang, bolehlah hadi
terus ke pejabat UMNO bahagian dan sayap-sayap umno bahagian.
YB Dato Hj Abdul Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan