responsif teks foto

Jumaat, 18 Oktober 2019

Pingat Jasa Malaysia


Pingat Jasa Malaysia
Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah ‘Campaign Medal’ yang telah dizahirkan pada 3 Mac 2004 yang dianugerahkan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (Warga ATM) dan anggota Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat, yang telah bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara ini sepanjang tempoh Darurat Pertama dan Darurat Kedua, tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita dan samada dan masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warga ATM

Telah berkhidmat secara berterusan bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

Telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan atau lebih dalam mana-mana formasi atau unit Angkatan Tentera Malaysia dalam operasi menentang pengganas komunis dalam tempoh sepertimana di atas.

Jika tidak memenuhi tempoh yang telah ditetapkan, boleh dipertimbangkan seandainya telah terbunuh, tercedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis, dalam jangkamas sepertimana di atas.

Anggota Pengaman Dari Negara Luar

Anggota Pasukan Pengaman (Anggota Angkatan Tentera, Separa Tentera, Polis dan Kakitangan Awam Keselamatan) dari negara-negara asing yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan di Persekutuan Tanah Melayu atau di Malaysia bagi tempoh dari 31 Ogos 1957 sehingga 12 Ogos 1966.

Terlibat secara berterusan selama 3 bulan atau lebih atau pernah berkhidmat secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan atau lebih dalam mana-mana organisasi pasukan pengaman itu dalam tempoh sepertimana di atas

Sekiranya tidak memenuhi tempoh yang ditentukan, telah terbunuh, tercedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh bertugas untuk menentang musuh dalam jangka masa sepertimana di atas.

SUSUNAN KEKANANAN
Bersesuaian dengan tarafnya sebagai sebuah ‘Campaign Medal’ yang berlandaskan perjuangan dan pengorbanan semasa darurat dan juga penglibatan dalam tugas giat sepenuhnya, maka pingat ini lebih kanan dari Pingat PNBB dan PPS. Oleh itu, PJM ini hendaklah diletakkan ke kanan dari PNBB, PPS dan PPA atau PJK.

PENGANUGERAHAN
Pingat ini merupakan satu penganugerahan dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah disampaikan kepada penerima-penerima yang layak di dalam sesuatu majlis atau perbarisan yang sesuai oleh seorang Pegawai Kanan yang diwakilkan.

Akta Veteran 2011

Elaun untuk pingat PJM

Bayaran saguhati RM 500 kepada 70,000 pemegang PingatJasa Malaysia

BORANG PJM

Untuk mendapatkan 'One Off' PJM yang diumumkan dalam Bajet baru-baru ini.

Isi borang tersebut, fotostat Salinan Buku Merah, BAT D 92, Kad Pesara dan MyKad, Serta gambar berukuran pasport untuk dilekatkan pada borang.

Hantar kepada JHEV Negeri masing-masing.

klick borang tersebut Borang permohonan PJM


12 Mac 2020



Bayaran elaun 'One Off' PJM

12 Mac - 30,000 orang
Apr - 30,000 org

Mei -  Baki yang belum terima. 
Boleh check skrg. Dgn syarat up date portal Jhev sebelum ini. Tq





Pembayaran PJM mengikut Pasa

1. ‘One Off’ PJM akan dibayar dalam 4 Fasa.

 Fasa 1 Pada Bulan Feb untuk 30,000 Veteran

 Fasa 2 Pada Bulan Mac untuk 40,000 Veteran

 Fasa 3 Pada Bulan Apr untuk 35,108 Veteran (Tarikh Pembayaran tertakluk kpd Kelulusan Kementerian Kewangan)

Fasa 4 Pada Bulan Mei untuk 14,892 Veteran (Tarikh Pembayaran tertakluk kepada Kelulusan Kementerian Kewangan)

Setelah Keempat-empat Fasa Pembayaran dilaksanakan Barulah Veteran yang layak menerima ‘one off’ PJM dan masih tidak menerima ‘one off’ PJM ini melapor kepada JHEV untuk dibuat semakan dan tindakan.

Penganugehan PJM

Penganugerahan  PJM telah dilaksanakan mulai 3 Mac 2004 yang merupakan satu pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan negara daripada ancaman pengganas komunis. PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,

b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,

c. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Elaun Pingat Jasa Malaysia PJM yg pernah di nyatakan oleh Menteri Pertahanan semua Veteran yg layak dianugerah pingat tersebut akan dapat elaun bulanan demi mengenang jasa yg telah dicurahkan kpd Negera. bayaran secara oneoff sebanyak Rm 500.00, jika dibahagikan 12 bulan, jawapanya Rm 41.46. Suhukur Alhamdulilah elaun PJM berjumlah Rm 41.46 hanya boleh beli tayer kereta sorong jer utk isi buah sawit. apa nak buat janji dah jadi roti capati
FB Kapt Yasir Kapt Yasir

Susan berkata...

Really I enjoy your site with effective and useful information. It is included very nice post with a lot of our resources.thanks for share. i enjoy this post. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...

Nan Zul berkata...

Mohamad Sabu turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kementeriannya akan berusaha memberi ganjaran berbentuk pencen selain bantuan RM500 secara one-off tahun ini kepada anggota ATM yang bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PGM) pada 3 November ini. - Astro Awani

AddToAny