responsif teks foto

Ahad, 13 Oktober 2019

ANOK PAHANG

PEDIH DAN SEDIH MENJADI WARGA PAHANG

Oleh : Isma Nazom Bin Abdul Hamid

Apabila disebut tentang menjadi warga Pahang maka tidak dapat lari dari bercerita tentang hal pemlilikan tanah. Berkait dengan permohonan tanah. Berkait dengan tatacara pentadbiran.

Susahnya lulus permohonan tanah di Pahang telah lama menjadi rahsia umum. Tetapi senang lulus juga telah menjadi rahsia umum. Kenapa satu perkara yang sama menjadi keputusan yang berbeza bagi individu yang berbeza.
Maka ramai yang telah beri komen atau bersuara bahawa pentadbir atau pegawai kerajaan negeri Pahang ramai terdiri dari orang luar. Mereka akan menolong waris, kroni, kawan-kawan dari negeri asal mereka. Anak jati terpinggir. Perkara ini tidak terjadi di Kelantan dan Trengganu umpamanya. Sebagai bekas Negeri-negeri Melayu Bersekutu sama seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan kita mewarisi Undang-undang Tubuh Negeri yang membenarkan bukan anak negeri memasukki pentadbiran negeri. Sebab itu DO dan ADO kita bukan orang Pahang dan jumlahnya sungguh ramai. Tambahan pula bukan semua pegawai dari kalangan orang Pahang yang ingin membantu orangnya sendiri.

Bahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terletak di bawah kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan sama seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Ianya berbeza dengan Kelantan, Trengganu,Kedah, Johor dan Perlis yang bidang kuasa SUKnya terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

Seperkara lagi kenapa rakyat biasa sukar lulus permohonan tanahnya. Kenapa GLC, syarikat besar baik BHD atau SDN BHD senang sahaja mendapat kelulusan dengan pantas dan luas beribu hektar, Kerana menggunakan kuasa politik. Networking nama sedapnya. Kroni nama sakit hatinya.

Akan tetapi ada pula golongan tertentu yang mudah lulus permohonan tanahnya. Apa rahsianya yang perlu dibagitahu kepada rakyat marhein. Di antara rahsianya ialah turut memohon bersama nama proksi orang pejabat tanah, berbaik dengan Adun dan Exco, bermuka tebal datang selalu ke pejabat, aktif politik peringkat bahagian, memasang 'kaki' di dalam pejabat, menggunakan berbakul wang, meneroka secara haram terlebih dahulu dan membuat permohonan dengan segala perancangan teliti dari segala aspek. Inilah maklumat yang diperolehi dari orang-orang yang telah berjaya.

Maksudnya jika orang Pahang biasa-biasa tahu sesuatu tanah kosong kerajaan, kemudian memohonnya secara biasa dan balik ke rumah lalu berdoa agar lulus, ianya tidak akan lulus. Biar pun setakat memohon tanah tapak rumah atau kebun kecil kurang dari 3 ekar.. Rupanya pelbagai taktik dan teknik yang digunakan oleh orang lain yang tidak diketahui rakyat biasa.

Semua orang tahu bahawa harga rumah di taman perumahan di Pahang telah naik mencanak. Tiada lagi rumah kos rendah 25K. Busuk-busuk harga rumah teres yang dindingmu dindingku. atapmu lantaiku, bumbungku bumbungmu tidak kurang RM200,000.00. Pinjaman bank susah lulus, maklumlah slip jual getah ciput kerana harganya yang tak pernah lepas RM 2.50 sekilo. Pemaju suka membuat rumah mewah RM1 juta ke atas kerana untungnya besar dan jika tak laku boleh minta Menteri suruh orang Singapura, China dan Hong Kong datang membeli.

Pedih dan sedihnya isu asas manusia Pahang ialah tanah tapak rumah susah lulus permohonannya walaupun Pahang luas dan serentak dengan itu harga rumah mampu tengok aje. Masalah bekalan air pun masih kronik juga di sesetengah tempat.

Kenapa nak ulas isu ini banyak kali. Sakit hati mohon gagal memanjang ke? Nak tanah pergi nurseri banyak jual kampit. Marah kepada kerajaan negeri ke? Dengki kepada Exco dan Adun kah? Tak de rumah nak duduk ke? Takde kerja selain nak membangkang ke? Beras habis ke? Pasang niat nak bertanding PRU ke? Cari jalan nak menonjolkan diri ke? Awak ingat senang ke nak tadbir negeri. Bukan nak layan awak sorang aje, ada 2 juta manusia di Pahang ini. Sudah lah Isma, kubur kata mari, mari, mari...

Apa yang ditulis adalah suara hati ramai rakan, saudara, sahabat, rodong, kawan, kenalan, pengundi, rakyat marhein dan suara orang muda yang masih menumpang mak ayah walau sudah berkahwin. Cuma jadi wakli tak bertauliah. Wakil tak bergaji. Bukannya dibagi dedak jika menulis begini. Siapa yang nak bagi dedak tu mailah rumah bawak seguni dua.

Selalu juga berharap dan berdoa supaya orang Pahang tidak pedih dan sedih lagi jika dapat dibangunkan satu sistem permohonan tanah tapak rumah bagi setiap anak jati Pahang. Pangkalan data yang lengkap. Tanah dapat dan boleh dibina rumah sendiri pada harga munasabah. Keadilan supaya bukan hanya orang tertentu dan terpilih sahaja memlikki tanah yang luas.

5000 kaki persegi bagi setiap orang yang tidak bertanah bagi tapak rumah sendiri sudah mencukupi bagi mereka yang menumpang di bumi sendiri. Apalah maknanya berkod 06 tetapi langsung tidak makmur hidupnya.

Pahang negeri ku


4 ulasan:

Unknown berkata...

Bom kn pej tanah daerah korg tu..psal ramai sgt kturunan pendatang jdi pegawai krajaan phg..kaum pendatang ni plok jenis bpuak puak tk sedar diri bkn cm kt org phg btolak ansur.puihh sial brambus blik tganu klantan n skrg ni kedah plok

Unknown berkata...

Aku stuju sgt,btol dh tu,ngari kt tpi kontrol lgi kaum pendatang,bkumplot plok tu,berambus blik tganu,klantan n kedah laa...org phg tkd bkomplot bpuak2 la

hater berkata...

x payah mengata kt org.. org pahang same je dgn geng kelantan tu.. org pahang pon hidup berpuak dgn geng sendri pon nk brpuak.. cm gampar tanah jual kt cina lepas tu.. tanah bgi kt anak beranak je.. aboh keh ni mintak tapak rumah x penah dapat.. org pahang mmg sush klau nk tolong org lain klau bukn anak beranak ni pui..

Nan Zul berkata...

Keh org Pahang 06 nak rumah keh beli, nak tanah getah/kebun pun keh beli walaupun hutang, tak mengharap kerajaan pahang bagi.. Hanya org tua aje jadi peneroka itu pun dipaksa oleh Tun Razak..katanya.. . "

AddToAny