responsif teks foto

Selasa, 8 Oktober 2019

"Betul ker Melayu Malas…?

Zahara Sulaiman
Cuma melayu kena tipu orang putih. baru dibongkar oleh seseorang Prof wanita Melayu baru baru ini tentang British yang merencana agar China dan India menjadi kaya dengan menyembunyikan fakta sejuta ekar tanah bernilai premium (tengah bandar) diberikan kepada tetamu Cina dan sejuta lagi diberikan kepada tetamu India. Bayang kan ketika sebelum Merdeka secara sulit mereka telah menjadi jutawan sekelip mata dan komposisinya (1956-57) 3 juta orang Cina mendapat sejuta ekar dan 700 ribu penduduk India mendapat sejuta ekar

Manakala 9 juta Melayu sebelum Merdeka yang tidak diberi walau seinci pon tanah premium bandar yang harga berlipat kali ganda dari tanah kampong(tanah paya, tanah pertanian) yang mereka duduki.

Sepatutnya kaum India keseluruhan nya telah menjadi jutawan jika pembahagian tanah sama rata dikalangan 700 ribu orang penduduk India ketika itu (1956-57).

Justeru Itu sebabnya sekarang Cina dan India menguasai bandar dan Sub-urban memiliki banyak tanah premium yang boleh dicagarkan untuk perniagaan.

Cina dan India tidak akan kaya secara automatik dan menguasai bandar kecuali dengan perancangan British yang jahat semata mata ingin membalas budi mereka kerana sanggup terima arahan British untuk bekerja di ladang-ladang dan lombong-lombong. Adakah benar mereka lebih rajin dari Melayu miskin dan dikatakan pemalas oleh PM yang kita kasihi itu?

Melayu tidak langsung di berikan tanah walau seinci pon kecuali mereka hanya gazzetkan atau wartakan rezab Melayu tanah luar bandar bukan tanah bernilai tinggi /premium seperti yang diberikan kepada Cina dan India secara sulit itu. Mujur lah dokumen tanah tersebut sudah di de-classify dan dibongkar oleh pensyarah tersebut.

Bagaimana pon tanah yang digazzetkan secara blok ini bertukar tangan kepada Cina dan India akhirnya kerana mereka sudah ada modal asal sejuta ekar tanah yang boleh dicagarkan kepada bank untuk dapatkan cash untuk tujuan perniagaan dan membeli tanah rezab Melayu.

Mengapa ahli politik menyembunyikan rahsia dan perancangan jahat British ini sedang kan mereka yang bersama bersetuju dengan perancangan British sebelum mereka berikan kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu ?

Melayu malas kerana ditinggalkan terlalu jauh kebelakang mengikut senario jahat British seperti menghadkan pemilikan tanah premium bandar dan mengusir mereka kekampong. Tanah rizab Melayu tidak diberi secara individu atau keluarga Melayu kecuali hanya diwartakan sahaja.

Begitulah malangnya orang kebanyakan Melayu (biasa) kecuali Melayu elit yang mendapat habuan bagai orang Cina dan India.

Mengapa elit politik Melayu ini tidak meminta British memberi sejuta ekar tanah bernilai premium bandar kepada orang Melayu dalam rundingan Kemerdekaan agar masyarakat Marhaen Melayu dapat bertanding di garisan permulaan/awal yang sama dengan Cina da India (baru adil) . Malang sungguh British hanya memberikan kelebihan (handicap sejuta ekar tanah) kepada orang luar dan memiskinkan kita tuan rumah. Maka benarlah Melayu bukan Tuan lagi, mereka lah tuan yang sebenarnya.

Anak Melayu elit ini boleh lah cakap besar sedang mereka sudah pon di sediakan modal berjuta-juta berbanding rata rata anak Melayu biasa yang bermodal kan seribu dua ringgit sahaja

Dan anak Melayu biasa dipanggil pemalas sedangkan anak Melayu elit dibantu oleh Bapa yang menguasai Kerajaan sebagai penasihat syarkat GLC itu dan ini umpamanya dan mereka adalah anak yang rajin?

Benarkah Melayu malas? Fikir fikir kan lah. Landscape demografi Malaysia yang sangat memperdaya.

Sany Royan.


Tanah melayu difaraid rezab melayu digadai


Jawapan oleh Zaharah Sulaiman ISTAC. Menceritakan bagaimana pemilikan tanah melayu kepada bangsa asing.

1 ulasan:

Susan berkata...

It was a very good post indeed. I thoroughly enjoyed reading it in my lunch time. Will surely come and visit this blog more often. Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

AddToAny