Pulau Chekas Terletak hanya beberapa kilometer dari Kampung Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.
Anugerah
- Kampung Peruas Ulu Dong Johan Anugerah Khas Sumber Air Negara sempena Hari Air Sedunia 2018.
- JKKK Peruas Anugerahllham Desa Peringkat Kebangsaan 2020.
Cuti-cuti jom bawa anak-anak ke Pulau Chekas Raub, Pahang... rasai air Sungai yang sejuk dan jernih... Pusat Rekreasi keluarga *Hanya 2jam setengah dari Kuala Lumpur , perjalanan ke Kota Bharu selepas bandar Raub.
Dewasa : RM 2
Pelajar (13-17) : RM 1
Campsite : RM 10
Pakir : RM 2
Wakaf/Pondok : RM 10
BBQ : RM 5
Tiub + Deposit : RM 5.00
Koperasi Homestay Kg. Peruas Raub Berhad
Tel: 093659404 / 011-51110848
Air yang Jernih di Pulau Chekas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan