responsif teks foto

Jumaat, 30 Oktober 2020

Ladang Madu Kelulut

 


Pesona Pahang kali ini membawa anda ke Ladang Madu Kelulut di Beserah, Kuantan. Ladang yang diusahakan selama hampir 5 tahun itu kini mempunyai 30-40 log yang menempatkan berpuluh-puluh koloni lebah dari jenis damar dan itamar yang menghasilkan rasa madu yang sedikit berbeza dari segi rasa, warna dan kelikatannya. Madu kelulut terbukti lebih berkhasiat daripada madu biasa dan sangat istimewa kerana hanya didapati di kawasan negara tropika sahaja. Orang ramai yang mencari madu kelulut juga boleh mendapatkan sebarang maklumat di laman facebook Madu Kelulut Pak Ya. Kepada anda yang ingin berkunjung ke ladang ini, boleh berhubung terus dengan pemiliknya menerusi laman Facebook. 



Tiada ulasan:

AddToAny