responsif teks foto

Jumaat, 24 Januari 2020

Penguna Jalan Raya CSR sempena Tahun Baru Cina.

PERINGATAN MESRA DAN TEGAS KEPADA PENGGUNA YANG AKAN MELALUI JALAN RAYA CSR KECHAU - GUA MUSANG SEMASA CUTI PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2020

1.Pihak Majlis Daerah Lipis tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan CSR ini terutama di simpang masuk berhampiran Ladang Selborne. Sitaan dan rampasan barang perniagaan akan dilakukan sekiranya ada!

Lebuhraya CSR
2. Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di bahu jalan daripada persimpangan masuk CSR sehingga jarak lebih kurang 1.0km. "Concrete & water barrier" telah dipasang.

3. Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tempat untuk berhenti berehat seperti di Hentian RNR Benta. Surau RNR Benta kini berwajah baharu dan lebih selesa.

4. Sila simpan sampah dalam kenderaan sehingga menjumpai tong sampah. Jalan Raya CSR Kechau bukan tempat pembuangan sampah. Sikap membuang sampah merata-rata tidak bertamadun dan bukan sebahagian sikap orang beriman.

Menjamu Selera.

5. Jemput masuk ke Bandar Kuala Lipis untuk berehat. Tandas Medan Selera Exora antara yang terbersih di Malaysia! Restoran yang selesa dan masakan yang sedap pula menanti anda. Antaranya Restoran Azmi Ikan Steam, Restoran Gulai Kampung, Restoran Tok Ayoh, Mak Wan Kitchen, Kedai Makan Kuzah, Kafe Ikhwan dan macam-macam lagi. Boleh waze/google sahaja.

6. Kalau nak merasa masakan “breakfast “trademark” Lipis iaitu Pulut Rendang Md Jamil di Medan Tangga atau Desa Perwira atau Pulut Rendang Man di Medan Selera Exora, bolehlah waze kedua-dua restoran ini.. tapi awas, jam 11.00 pagi mungkin telah habis. Siapa cepat dia dapat!

Ekspo Jualan

7. Sempena Cuti Tahun Baharu Cina ini, terdapat ekspo jualan pelbagai barangan yang diadakan di Dataran Orang Kaya Haji dari 17-27 Januari 2020. Terdapat 35 buah khemah jualan dan macam-macam ada. Sesuai untuk dibawa seisi keluarga!


Cerita dari Lipis Ekspo
Aktiviti Ekspo : Bagi makan arnab 

8. Akhir kata selamat memandu, berhati-hati di jalan raya dan jadilah warganegara yang bertanggungjawab!

Berhati-hati dijalan raya


Terima kasih Warga Malaysia yang prihatin..

MAJLIS DAERAH LIPIS

#LIPIS BERSIH HIJAU DAMAI
#KUALA LIPIS BANDAR WARISAN SEJARAH



TERKINI 

Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur

2 jam lepas

2.47pm KLK @E8: Trafik sesak & perlahan
-5.2KM dari Km 76 hingga 70.8 barat (Karak)
-4.1KM dari Km 68.7 hingga 64.6 barat (Bentong)
-3.4KM dari TP Bentong hingga Km 58.6 (Bentong)
-8.5KM dari Km 57.6 hingga 49.1 barat (Lentang)
-2.8KM dari Km 22.4 hingga TP Gombak @LLMinfotrafik

Berhati-hati memandu,semoga selamat sampai ke detinasi masing-masing.


1 ulasan:

Blogger berkata...

If you're trying to burn fat then you absolutely have to jump on this brand new personalized keto plan.

To create this keto diet, certified nutritionists, fitness couches, and cooks have united to develop keto meal plans that are useful, decent, cost-efficient, and delightful.

From their launch in January 2019, 100's of people have already completely transformed their body and well-being with the benefits a proper keto plan can provide.

Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones provided by the keto plan.

AddToAny