responsif teks foto

Ahad, 5 Disember 2021

Mayat ditemui Dalam Kereta.

 



LIPIS: Seorang guru lelaki ditemui mati oleh orang awam di dalam kereta di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff berusia 54 tahun, ditemui tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu.

Tiada sebarang kesan kecederaan atau darah serta senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.





Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, berkata susulan menerima panggilan daripada orang awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku telah bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam," katanya.

Kredit : Berita Harian Online

Tiada ulasan:

AddToAny