responsif teks foto

Khamis, 2 Disember 2021

Dua kenderaan dipercayai tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

 





IPOH: Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini. 

Difahamkan kenderaan yang tertimbus ialah sebuah lori kecil dan sebuah kereta.
Tanah runtuh itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.

“Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi kini sedang dijalankan,” katanya.


UtusanMalaysia
Gambar media sosial

Kredit  ASLIZA MUSA
2 Disember 2021, 3:08 pm



Tiada ulasan:

AddToAny