responsif teks foto

Isnin, 8 Februari 2010

Tok Raja Wan Ali bin Wan Chik bertandang sejenak dikampung Kuala Lambar, Lubok Kulit. Kuala Lipis.

Di Kampung Bukit Betong sekian lama bertapak satu kelompok keturunan Raja Pagar Ruyung juga memegang teraju Orang Besar Berempat Pahang turun temurun. Yang dimaksudkan adalah keluarga Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai atau Tok Raja yang mengikut catatan sejarah keluarga mereka, Seri Maharaja Perba adalah nenek moyang mereka yang pertama datang dari Pagar Ruyung ke Lipis pada Tahun 1591. Nama kampong asal Seri Maharaja Perba di Pagaruyung ialah Kabung Pagar Teras.

Ikut bersama Seri Maharaja itu ialah dua saudaranya yang laki-laki iatu Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak dikenal pasti namanya. Saudara beliau yang perempuan ini berkahwin denmga ulama Tun Bandan Patani dan zuriat mereka inilah menurunkan kaluarga Maharaja Perba Jelai sehingga kini kerana Seri Maharaja Perba itu tiada berzuriat.

Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang di Pekan apabila tanah daerah tersebut dibeli oleh Seri Maharaja Perba yang pertama itu daripada Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” Disebabkan itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh rakyat Hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelaran “Raja Bukit Betong” atau Raja di Bukit “ kerana sememangnya beliau berasal dari keturunan raja Pagar Ruyung.

Ketika zaman pemerintahan Maharaja Perba Jelai Ke-6, Tok Raja Wan Idris dan Tok Raja Wan Muhamad (1776-1882), sekitar tahun 1830-an atau awal 1840-an dijemput pula sekelompuk keluarga pahlawan berdarah Raja Pagaruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong. Rombongan tersebut diketuai seorang yang bergelar“pendekar mamat“ yang dipercayai salah seorang daripada kerabat diraja Pagaruyung yang membawa diri ke Tanah Semenanjung setelah kedaulatan yang dipertuan Rajo Alam Pagaruyung terakhir, Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan berdaulat dijatuhkan oleh penjajah Belanda pada tahun 1833. Gelar ‘pendekarnya” itu hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai sahaja supaya jangan tahu asal usul beliau yang sebenarnya. Ketahui lagi baca buku Bingkisan Sejarah Raub.

Mengikut catatan Suzana bin M. Osman. Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada tok Raja.
Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Cebisan Cerita: Semasa Kedatangan Jepun 


Geran tanah tahun 1926 rumah dibina tahun 1941.

Rumah tempat bertandang Tok Raja Wan Ali semasa kedatangan Jepun 1941 -1945 masih wujud 

Pada tahun 1941 setelah Jepun berjaya mendarat di Tanah Melayu Keluarga Maharaja Perba Jelai dari keturunan OKMPJ Tok Raja Wan Ali bin Wan Chik (1932 – 1957) telah meninggalkan Bukit Betong membawa kelengkapan mereka pergi mudik menghulu sungai Telang dan mengambil keputusan tinggal rumah Mahmud bin Dollah yang kebetulan baru siap bersama-sama adik beradiknya Wan Abdullah bin Wan   Chik (Penghulu Telang) dan Wan Ismail bin Wan Chik (Penghulu Ulu Jelai). Dari segi keselamatan rumah tersebut sangat terlindung dari ancaman Jepun. Nama Pak Teh Ansah, Imam Ja’afar, Hj Zakaria, Cu Ishak merupakan nama yang tidak asing, mereka merupakan orang suruhan Tok Raja Wan Ali semasa mereka tinggal di Kampung Kuala Lambar Lubuk Kulit. Setiap malam diadakan pengawal menjaga keselamatan terutama di pintu pagar , beras kapur merupakan makanan disulam dengan ubi kayu. 

Wan Ali bin Wan Chik

“Chik Udah tolong datang kat sini ambil beras...” pergilah Udah mengikut arahan Tok Seri (isteri Tok Raja Wan Ali) mengambil beras kapur untuk dimasak, lauk tak jadi masalah cari sahaja dipaya ikan sepat ada, ikan puyu, ikan Sembilang paya, ada pucuk ubi, pucuk ceperai boleh dibuat ulam.

Sebelah petang riuh rendah dihalaman rumah. Ngah latif, Ida Talib, Wan Ismail, Wan Abdulah bermain Gasing “tak dapat kayu tres merbau pun tak apa, tres batang jambu pun boleh walaupun ianya ringgan”. 

Pada masa kelapangan Tok Raja Wan Ali pergi juga mudik sungai Telang hingga ke Kampung Beletik menghadiri kenduri kahwin atas jemputan penduduk kampung. Sungguh meriah pada waktu itu walaupun Jepun menguasai tanah Melayu penduduk kampung masih juga boleh makan walaupun ala kadar. 

Tanggal 1943 setelah Jepun hampir menyerah kalah Keluarga Tok Raja Wan Ali mengambil keputusan meninggalkan kampung Kuala Lambar, Lubuk Kulit balik semula Ke Bukit Betong. Pada tahun 1944 tuan rumah Mahmud bin Dollah meninggal dunia 1945 Jepun menyerah kalah kepada British.

Itulah cebisan cerita yang dicerita oleh orang tua di kampung Kuala Lambar, Lubok Kulit kebanyakan cucu-cucu yang sudah tidak tinggal di situ, ada yang sudah tidak tahu kewujudpan kampung tersebut.



Hj. Karim bin Tukang Kasim
Rujuk:

Keterangan Wan Bidin bin Wan Idris, kampong Bukit Pampong, Hulu Dong. Beliau adalah cicit Orang Kaya Maharaja Setia Raja Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji)1805-1889

Cerita Haji Karim bin Tukang Kasim Tok Empat Lubuk Kulit.

Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakaria bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

Bingkisan Sejarah Raub 2007. Zapuan

Salasilah Menteri Lebih merupakan Ketua Kampung Lubuk Kulit
Maklumat: Kampung Lubuk Kulit

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq tuan kerana menerbitkan sedikit sejarah mengenai salasilah keturunan tok raja dlm blog tuan...

saya juga salah seorang daripada salasilah tersebut, cuma tak bergelar cik wan kerana dapat melalui nenek, namun ramai juga sepupu sepapat yang bergelar cik wan kerana zaman dulu mereka berjodoh pupu..

cuma skrang ramai anak cucu tok raja dah jatuh miskin sedangkan mereka datang dari keluarga kaya, banyak tanah. ini semua disebabkan tak ramai yang mementingkan pendidikan pada zaman dulu sebab dah merasa senang kerana jadi anak orang bergelar...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi maklumat ini..namun begitu mengapa ramai sangat orang di negeri lain menggunakan nama WAN ini?contohnya orang kelantan,kedah dan trengganu.bukan ke gelaran WAN ini hanya untuk kerabat pahang saje? harap ada yang sudi bagi ulasan..

Tempahan Jamuan ( Katering ) berkata...

salam pertemuan dari kami di pekan pahang... jika sudi hadirlah ke pekan/kg mekassar dan lihatlah sendiri keturunan Maharaja Indera Pahlawan/ Tok Alex/Polaik (Raja Muda dari Pagar Ruyung yang berkahwin dengan Orang dari Kg Kuala Ceka serta mempunyai 6 orang anak kami dari warisan Tok Dohamat.. Maharaja Indera Pahlawan yang berkahwin dengan Keluarga Orang KaYA Indera Syahbandar 1 TONDEK...salam dari keluarga bongsu ke 16 MAHARAJA INDERA PAHLAWAN

mazru berkata...

salam...

Dari catitan Linehan-

Bahan penulisan lama simpanan Orang Kaya Maharaja Setia Raja ( Keluarga Orang Kaya Maharaja Perba Jelai ) menyatakan antara lain....'

1. Maka Seri Maharaja Perba itu orang Minangkabau Orang Besar Lima Puluh negerinya.

2. Maka Maharaja Indera Putera itu Orang Besar dalam negeri.

3. Maka Maharaja Indera Pahlawan itu Orang Besar Tanah Datar negerinya.

4. Maka Shahbandar itu sebelah peranak sebelah China putih itulah negerinya.

5. Maka adalah Raja turun di Pagar Ruyung itu asalnya ke Johor, bergelar..... Sultan Abdul Ghafur ibni Sultan Abdul Jalil;.........Sultan Mahmud

6. Maka adalah asal Seri Maharaja Perba itu turun di Minangkabau lalu ke Sembawa, empat bersaudara, seorang perempuan........... Dia hendak buat balai gambang dipersembahkan kepada Raja Johor itu, maka dikurniakan kepada Orang yang Berempat yang Bandar Maharani segala orang dalam Bandar Maharani didalam perintah Orang Berempat ini, itulah adanya.

7. Maka yang mengurnia Pahang ini kepada Orang Berempat ini Raja Johor Sultan Abdul Ghafur, itulah Rajanya yang dikurniakan Orang Berempat ini, pertama Seri Maharaja Perba, dan kedua Maharaja Indera Putera, dan ketiga Maharaja Indera Putera Pahlawan dan keempat Shahbandar itulah....... "

hamba berkata...

Kalau mengikut sejarah keturuna wan datang dari susur galur sultan qunbul pattani,.wallahualam.

cicit perba jelai darah wan bera wanlah bukit betong.

AddToAny