responsif teks foto

Khamis, 4 Mac 2010

Projek Hidroelektrik Ulu Jelai

Rumah suku kaum Semai di Pos Betau, Kuala Lipis yang berhampiran dengan jalan raya yang baru menghubungkan Kuala Lipis dengan Cameron Highland.


Ketua Penolong Pangarah Kanan Jalan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Aminuddin Md Yusoff telah mengumumkan projek jalan utama dari Pos Betau ke Lembah Bertam dijadual siap pada Mac 2010.

Pembinaan jalan tersebut membabitkan empat pakej iaitu Jalan Sungai Koyan ke Pos Betau sepanjang 19 km, Pos Betau-Bukit Petubong dekat Sungai Temahang (22km), Jalan Bukit Petubong-Kampung Susu dekat Sungai Bertam (19.5km) dan Jalan Kampung Susu-Ringlet (18.6km).

Jalan sepanjang 79.1 kilometer tersebut telah dibina sejak tahun 1999 dan kos keseluruhan adalah sebanyak RM608 juta.

Laluan tersebut akan lebih menarik apabila Projek hidroelektrik di Empangan Susu di Ulu Jelai dekat sini dijadual bermula Oktober 2009 dan dijangka siap pada akhir 2014. Projek yang dikendali oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu akan melibatkan kawasan seluas 388 hektar yang meliputi 2.5 peratus daripada keseluruhan kawasan tadahan hujan.

Projek itu juga akan melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong dan stesen janakuasa yang mampu menjana sehingga 372 megawatt.

Projek ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain ia turut mengelakkan banjir di kawasan sekitar sementara itu seramai 84 keluarga di tiga kampung itu akan diberikan rumah, penempatan baru itu turut dilengkapi dewan serbaguna, surau, gelanggang sepak takraw, pencawang elektrik dan tangki simpanan air.

KOMEN

Empangan atau tasik buatan merupakan tarikan kepada orang ramai untuk mengujunginya, kita dapati bagaimana Tasik Kundang, Tasik Banding, Empangan Beris, Tasik Merah dan ‘Lake Garden’ Taiping merupakan tempat tarikan kepada pemancing atau pengunjung.

Tiada ulasan:

AddToAny