Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

Masakan Tradisi Pahang


Gulai Tempoyak Ikan Patin


Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-bahan
200 gm ikan Patin
150 gm tempoyak
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
100 ml air
4 helai daun kesom
Garam
Cara menyediakan:
-          Potong dan bersihakan ikan patin, masukan ke dalam periuk.
-          Kemudian masukan cili api, kunyit  (yang telah dikisar) tempoyak, , bunga kantan,daun kesom,garam dan air.
-          Masakan dengan api yang perlahan dalam masa 30 minit.
-          Setelah masak,sedia untuk dihidangkan.
Gulai Masam Rong
    
      Gulai masam Rong
Bahan-bahan:
1 ekor ikan  tilapia
1 mangkuk asam rong – dikisar
1 inci kunyit – di kisar
10 tangkai cilia pi – dikisar
1 helai daun kesing
Air
Garam
Cara menyediakan
-          Potong dan bersihkan ikan.Kemudian masukan ke dalam periuk
-          Masukan pula bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan masukan air.
-          Perasakan dengan garam dan bahan perasa yang lain. Masukan juga daun kesing
-          Masakan selama 30 minit. Apabila masak, sediakan untuk dimakan.





Gulai Labu
     
      Gulai Lemak Labu.
Bahan-bahan:
500 gm Labu
2 biji bawang besar – dimayang
15 tangkai cili padi – dikisar.
2 cm kunyit – dikisar
2 batang serai
1 biji kelapa – diparut
50gm ikan bilis
Garam
Cara Menyediakan
-          Potong Labu mengikut kesukaan dan bersihkan. Masukan ke dalam periuk.
-          Masukan bawang, bahan yang dikisar, serai dan ikan bilis. Kemudian masukan santan, kacau sehingga sebati. Perasakan.
-          Masakan sehingga 30 minit dan sehingga Labu menjadi empuk.
-          Sediakan untuk dihidangkan.

Sambal Hitam
       
      Sambal hitam
Bahan-bahan
10 ml minyak masak
200 gm ikan bilis - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
15 tangkai cili padi - ditumbuk
3 biji belimbing buluh – direbus hingga hitam dan ditumbuk.
2 cm kunyit – ditumbuk
Garam
Cara menyediakan:
-          Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
-          Perasakan mengikut citarasa. Masakan bahan-bahan tersebut sehingga garing dan menjadi hitam.
-          Enak dimakan bersama nasi panas. 
      
      Resipi  Oleh.
      Mak Uda (Daharah Mat Zin) 
      
      Komen
      Sejauh mana anak Pahang merantau bila tiba bulan ramadan ia akan teringat masakan ini.

     




IKAN PATIN TEMPOYAK dijual Tepi Jalan 

5 ulasan:

  1. rindu nk makan sambal hitam.pyh nk dapt...sedap sgt.. tempoyak memg xdpt nk pisah dah..hehe

    BalasPadam
  2. "org lipis masak simpel tapi sedap, org luar masak kena dok di dapur berjam-jam tapi tak sedap tara mana pun..."

    BalasPadam
  3. hehe, lidah kita kata sedap, lidah orang lain, lain pula sedapnye..

    BalasPadam
  4. Masakan Phg memg sdp..itu pernh mkn waktu kecik2 dulu tp dh hmpir 20 tahun tk blik kg..sementelah memg xberpeluang lngsung bljr cara masakan negeri Mat Kilau ni

    BalasPadam
  5. bru smlm rsa msakn sambal hitam dia.. Sdap sgt
    . sy org johor, Pdas2 mmg sy suka.. Jatuh cinta daa.. Gan sambal itam..

    BalasPadam

Ulasan