Halaman

Selasa, 21 Januari 2014

Catatan Kewangan

Kegiatan manusia perlu dicatat. Jika ianya tidak dicatat di atas kertas atau media lain ianya pasti akan dicatat oleh otak kita dan disimpan oleh otak kita.

Catatan yang dibuat oleh otak kita adalah catatan semula jadi pemberian Allah. Otak kita mencatat segala yang kita lihat atau dengar atau yang kita mengalami melalui pancaindra kita.

Kegiatan kewangan kita juga perlu dicatat. Dibuat secara semula jadi oleh otak kita atau secara sengaja buat oleh tindakan kita. Yang dibuat secara sengaja buat ini sangat menarik kerana tak semua manusia suka berbuat demikian. Bagi kebanyakan manusia ianya tak memberi faedah yang menguntungkan dan hanya membuang masa.


Kegiatan kewangan adalah segala kegiatan yang ada sangkut paut dengan wang kita. Bekerja dan menerima gaji atas kerja tersebut adalah satu contoh kegiatan kewangan. Tak kiralah kerja apa asalkan ianya mendatangkan pendapatan (wang). Menggunakan wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan adalah juga kegiatan kewangan.


Bagi kebanyakan manusia kegiatan kewangan ini tak perlu mereka catatkan. Yang perlu bagi mereka ialah mendapatkan wang dan kemudiannya menggunakannya. Kalau ada lebihan ianya disimpan untuk masa akan datang. Kalau tak cukup mereka berhutang, misalnya.


Tapi mereka tak perasan yang segala kegiatan kewangan mereka direkod atau dicatat oleh pehak yang berurusan dengan mereka. Misalnya apabila mereka menerima gaji majikan mereka akan mengeluarkan slip gaji (selalunya ada dikeluarkan). Jika tak ada slip gaji majikan pasti ada catatan tentang bayaran gaji tersebut. Sekurang-kurangnya rekod ini dapat digunakan untuk tujuan semakan di masa hadapan atau perakaunan syarikat atau tujuan kiraan cukai perniagaan atau sebagainya.


Apabila kita membeli barangan adalah menjadi kebiasaan sekarang ini kita akan diberi satu cetakan resit atas pembelian tersebut. Mungkin pada kita resit tersebut tak ada faedahnya pada kita. Tetapi pada pihak penjual ianya adalah berguna.


Tambah pula dengan sistem yang canggih pada masa ini cetakan resit boleh menghasilkan rekod jualan harian secara otomatik. Penjual tak perlu lagi membuat pengiraan hasil jualan hariannya lagi. Segalanya akan dikira oleh sistem. Penjual hanya perlu mengemaskinikan segala urusniaganya untuk mengetahui hasil jualannya.


Ada manusia yang sangat rajin mencatat segala pendapatannya dan segala perbelanjaannya. Mereka inilah manusia yang bijak merancang kehidupannya. Tujuannya mencatat segala pendapatan dan perbelanjaannya ialah supaya ia akan tahu status kewangannya dan dapat merancang masa depannya. Lebih elok lagi jika mereka berupaya membuat belanjawan peribadi mereka dan dengan itu dapat menggunakan hasil pendapatan mereka secara terkawal dan dengan hemah.


Biasanya orang sebeginilah yang selalu dapat menyimpan wang atau yang banyak menambahkan aset harta mereka dan dengan itu dapat menjalani penghidupan yang selesa tanpa apa-apa bebanan atau kesulitan kewangan.

Boleh Download 'Personal Budget Planner' untuk kegunaan tahun ini.

Sabtu, 18 Januari 2014

Bantuan Persekolahan 2014

Bantuan Persekolahan 2014
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) sudah mula mengagihkan Bantuan Persekolahan RM100 kepada kira-kira 728 buah sekolah di negeri ini, bermula 15 Januari lepas.

Pengarah JPNP Rosdi Ismail berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada ibu bapa pelajar secara berperingkat dan dijangka selesai 15 Februari depan.

“Sekarang kita sudah mula mengagihkan kepada semua sekolah di seluruh Pahang dan terpulang kepada pihak sekolah untuk mula mengagihkannya.

“Wang bantuan itu telah kita masukkan ke dalam akaun sekolah dan pihak sekolah yang akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa berdasarkan tarikh yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dengan Bantuan Persekolahan RM100 ini diharap dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam bidang pendidikan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

“Ibu bapa juga dinasihatkan perlu bersikap prihatin dan memainkan peranan penting dalam mengawal perbelanjaan anak-anak bagi mengelakkan pembaziran terutama melalui pemberian wang sumbangan diberikan ini.

“Dengan kawalan diberikan sekali gus dapat membantu mereka mengelak anak-anak daripada membeli barangan tidak berfaedah.

“Anak-anak seharusnya tidak boleh dibiarkan berbelanja dengan sewenang-wenangnya, malah perlu tahu menilai wang tersebut untuk kepentingan pendidikan mereka.

Sementara itu, bantuan kali kedua di bawah Belanjawan 2013 yang diumumkan perdana menteri itu memperuntukkan dana RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun melibatkan 4.98 juta pelajar di seluruh negara. – Sinar Harian

Rabu, 1 Januari 2014

Kayuhan 'U turn' Betau/Koyan

Sekali lagi Kelab Kayuhan Basikal Sungai Koyan atau lebih dikenali sebagai Koyan Cycling Team (KCT) telah mengadakan kayuhan santai dan pecut sempena cuti tahun baru 2014.  Ianya bermula pada pukul 0800 pagi di  Dataran Koyan Satu menuju ke Betau dan 'U turn' sejauh 42 km pergi/balik.  Para perserta seramai 100 orang yang datang dari Bandar Kuala Lipis, Felda Tersang dan Raub telah pun mengambil bahagian.  Majlis penutup telah disumpurnakan oleh Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail  Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Jelai. Dalam ucapan ringkas, beliau menyokong penuh usaha KCT menganjurkan program tersebut diharapakan usaha ini dapat diteruskan mungkin dua atau tiga kali setahun, selain dapat mencungkil bakat baru dalam sukan basikal ianya juga dapat mengisi masa cuti yang terluang.  Turut hadir pemimpin setempat.  

'group foto' bersama Dato'' Wan Rosdy

para peserta 

Adik Idham dari KCT menjuarai acara pecut

'Marshall' KCT