Halaman

Sabtu, 16 November 2019

Buat Baja Organik Mudah

Baja Buangan Dapur

Bahan
1 Tong Sampah hitam

2. Tabur gula merah 1 kilo

3. Paip air, sebatang PVC , elbow  PVC.

Cara-cara membuat

1. Pasang paip PVC seperti dalam gambar, PVC tegak hendaklah di buat  lubang seberapa banyak untuk dijadikan filter.



2. Masukan  sisa buangan dapur seperti, air cuci beras dan sebagainya kecuali tulang, daging, kulit bawang.

3. Sesudah 70 peratus sisa buangan sudah penuh simpan selama 10 hari. Sesudah 10 hari air tadi boleh diambil, campur dengan air tanpa klorin dengan nisbah 1 : 18 dan boleh digunakan dengan cara semburan ke arah pokok.

4. Baja buangan dapur ini hanya boleh disimpan selama 6 bulan sahaja, selepas itu kita boleh buat semula dengan mengunakan bekas yang sama,

5. Selamat mencuba..."








Baja Organik Plant Booster (OPB)

Bahan yg di perlukan utk buat 80kg organik plant booster (OPB)













Cerita dari Lipis
1) Kangkung 3kg
2) pisang 5kg
3) buah betik 5kg
4) Labu manis 5kg
5) Belacan 3kg
6) Nenas 5kg
7) mollasses/gula merah 3kg
8) Telor 10biji
9) Susu 5 liter
10) ragi 5 biji
11) air tanpa klorin 50 liter

Kaedah pembuatan OPB adalah seperti berikut:

1. Belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya.

2. Bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air.

3. Kemudian, bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan dikacau sehingga sebati.

4. Masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter, panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 sentimeter). Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu atau media dan kacau sehingga sebati. Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebanyak 50 liter.

5. Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap. OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis
             
cerita dari Lipis


Membuat Baja Kompos Tanaman

Kompos merupakan sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah dan sangat baik terutamanya pada tanaman jangka pendek seperti sayuran-sayuran, Kompos dihasilkan dengan melalui proses perebutan sisa bahan organik seperti sisa dapur, sisa bahan buangan seperti rumput, najis haiwan dan sebagainya ianya direput oleh mikroorganisma.  Proses pereputan berupaya menukar sisa organik daripada bahan tercemar alam kepada bahan berguna. Dalam proses ini akan berlaku pelepasan gas menghasil larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma .

Pada kali ini saya ingin cuba membuat kompos semdiri melalui tahi kambing dikebun.

Bahan:
1.Rumput hijau dihalaman rumah atau di kebun yang telah dimesin
2.Tahi Kambing
3 EM buat sendiri.

Cara Membuat


Cerita dari Lipis
Ambil Tinja Kambing dari Reban,

Ambil rumput longgokan disatu tempat seperti dalam gambar

Longgokan rumput dibawah tahi kambing di atas sembur dengan EM
Longgokan rumput di bawah, bubuh tahi kambing di atas, selepas itu sembur dengan EM 

Timbus dengan rumput 
Timbus dengan rumput dan tahi kambing  hingga beberapa kali jadikan dia berlapis-lapis sembur EM dan siram.

Siram bagi lembab
Tutup dengan plastik hitam 3 ke 4 hari cucuk selama 10 minit dengan kayu, kalau kayu tersebut panas dan lembab menandakan kompos kita menjadi.

18 Okt 2019
Simpan atau peram selama seminggu balik-balik kompos tersebut. seminggu lagi balik-balikan agar kompos mendapat oksigen dengan serata, 28 hari dan boleh digunakan sebagai baja disekeliling pokok.

Kompos digaul, disembur EM dan siram tutup
pada 22 Okt 2019

cerita dari Lipis
13 Nov 2019

Cerita dari Lipis
Cili Api atau Cabai Melaka

Cerita dari Lipis
hasil dari baja Kompos Cabai Melaka


hasil Kampung Cerita dari Lipis
Kutip Hasil 30 Nov 2019

cerita dari Lipis
Bunga Balung Ayam pun subur

dua pokok dapat setengah  Kilo


Selamat mencuba...."

Terima Kasih tunjuk ajar oleh Pejabat Risda Daerah Lipis.




Pakar pembajaan, Pemikiran di luar kotak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan