Halaman

Isnin, 2 Disember 2019

Kanak-kanak Lemas

Kanak-kanak 6 tahun hilang dibawa arus deras Sungai Lipis

Seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dibawa arus deras di Sungai Lipis berhampiran Kampung Penjom di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli,6, dipercayai bermain ditebing sungai berkenaan bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.20 pagi melakukan operasi mencari dan menyelamat menggunakan teknik pencarian atas air.

"Operasi sedang giat dijalanka dan keadaan cuaca pada masa ini mendung dengan paras air sungai tinggi serta deras,"katanya.





5 Mei 2019

Mayat Nur Dhiya Aqilah sudah ditemui terapung.

Misi pencarian adik Nur Dhiya Aqilah yang dikhuatiri lemas setelah terjatuh kedalam arus deras sungai Lipis di Pulau Kucing, Penjom sudah dijumpai terapung lebih kurang jam 8 pagi.

Urusan pengkebumian sedang dijalankan di tanah perkuburan Kampung Penjom, Kuala Lipis.

Cerita dari Lipis Lemas
Nur Dhiya Aqilah 6 Tahun
Ketua Zon 3 PgB Shahrulnizam bin Nasir melaporkan pada jam 8.04 pagi mangsa lemas telah dijumpai di Empangan Pasir pada jarak 4 KM dari tempat mangsa terjatuh oleh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Al Fatihah... buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan