Halaman

Selasa, 3 Disember 2019

Komunis Sangat Bahaya

‘Matlamat Menghalalkan Cara’, demikian ajaran Vladimir Lenin seorang pemimpin komunis dunia, hidup antara tahun 1870-1924. Menurut Lenin yang terpenting adalah matlamatnya. Untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan itu, segala cara boleh dilakukan, walaupun dengan pura-pura, dengan melanggar peraturan: licik, kotor, penuh penipuan, bermuka dua, kebohongan,kepalsuan, kebengisan, pembunuhan, menculik, mengadakan sabotaj dan lain{ain. Pendek kata apa sahaja boleh dilakukan, asalkan tujuan tercapai. Cara-cara yang dilakukan oleh Lenin ini adalah menjadi amalan bagi bangsa komunis di seluruh dunia. Untuk mencapai tujuan, mereka sanggup bekerjasama dengan lawan-lawannya. Tetapi apabila mereka telah menjadi kuat, ketika itu juga mereka dengan secara licik dan
keji melenyapkan lawan-lawannya itu.

Pemimpin bersama rakyat menentang komunis 

Orang Melayu di Malaysia juga tidak akan melupakan bertapa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pengganas komunis terhadap mereka, semasa mereka dapat berkuasa selama 14 hari di Malaya. Pada masa itu telah terjadi kekosongan pemerintahan, kerana pihak Jepun kalah perang pada tahun 1945 sedangkan pihak British masih belum datang semula ke Malaya.

Ketika itu betapa kejahatan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis yang terkenal dengan
nama pasukan ‘Bintang Tiga’. Mereka pada mulanya mengajak orang-orang Melayu untuk menyokong perjuangan mereka dalam menentang Jepun dengan tujuan untuk mendirikan sebuah Negara Malaya yang merdeka dan diperintah oleh rakyat Malaya. Sewaktu mereka sudah merasa diri mereka kuat, mereka pun mulailah menjalankan penganiayaan dan kezaliman yang luar biasa terhadap orang Islam, khasnya orang Melayu, lalu terjadilah satu pergaduhan besar di Batu Pahat dan di 57 tempat-tempat lainnya.

Demikian pula pembunuhan-pembunuhan dan penganianyaan yang dilakukan oleh Pengganas komunis di tempat-tempat lainnya Mereka menyerang dan membunuh orang-orang Melayu yang tidak bersalah. Mereka menangkap orang-orang yang tidak bersalah dan melemparkannya ke dalam air yang mendidih dalam kawah. Pengganas-pengganas komunis ‘Bintang Tiga’ menyeret mereka di belakang truk. Ada yang dibenamkan ke dalam air hidup-hidup. Ada yang dipancung habis satu kampung seperti yang terjadi di Kampung Simpang Tiga, Setiawan Perak.


Kekejaman Komunis 

Syukur Alhamdulillah, dengan semangat jihad berjuang di jalan Allah, mulailah ummat Islam ketika itu di mana-mana tempat di Tanah Melayu serentak bangun mempertahankan kehormathan mereka dari dicemarkan oleh pengganas komunis yang tidak bertuhan itu. Akhirnya komunis terpaksa mengaku kalah.

Cita-cita komunis sejak dari awal lagi ingin menakluki Malaysia. Tetapi niat jahat mereka selalu gagal kerana selalu mendapat tentangan dari ummat Islam, khasnya orang Melayu.

Statistik Darurat Pertama (1948-1960)

Sepanjang Darurat Pertama dari 1948 hingga 1960 sejumlah 2478 orang awam terbunuh dan 810 hilang. 1346 anggota tentera dan polis Persekutuan Malaya terbunuh. 2406 kecederaan di kalangan anggota tentera dan polis Persekutuan Malaya dan British.

Kebangkitan Semula Pengganas Komunis (1968-1989)
Sudah menjadi tabiat komunis untuk mempergunakan keadaan yang kacau bilau untuk kepentingan

mereka berkuasa. Dengan perkataan lain mereka mengeksploitasi setiap konflik yang terjadi dalam masyarakat, ‘exploitation of every conflict’.

Hal ini jelas mereka lakukan dalam beberapa peristiwa di Malaysia. Seperti dalam peristiwa bulan Jun 1968, ketika mahu dilaksanakan hukuman terhadap pengkhianat komunis yang sebelas orang' peluang ini oleh pengganas-pengganas komunis telah dipergunakan untuk mengasut ke sana ke mari supaya timbul huru hara. Dalam keadaan huru-hara itu mereka ingin berkuasa. Pada bulan Jun, 1968 pihak pengganas komunis (PKM) telah mengarahkan kepada orang-orangnya supaya mulai bergerak untuk merampas kuasa, sehingga tercetusnya peristiwa 13hb. Mei, 1969. Peluang ini dipergunakan oleh pengganas komunis untuk menghasut rakyat dan menyalahkan kerajaan. Tetapi syukur Alhamdulillah, oleh kerana kerjasama antara rakyat dan kerajaan, akhirnya niat jahat pengganas komunis itu menemui kegagalan.

Pengganas komunis akan terus menerus menemui kegagalan dan kehancuran, andai kata seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, bekerjasama antara satu sama lain, dan bersama-sama pula menghancurkan pengganas komunis.

Pengganas Komunis tidak akan dapat hidup jika tidak bergantung kepada rakyat. Rakyat yang sedar
akan bahaya yang akan ditimbulkan oleh pengganas komunis tidak akan membantu mereka dalam
hal apapun.

Perjanjian Damai 1989

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM.

30 Tahun kemudian

Memperingati Perjanjian Damai 1989
Pada hari ini Negara telah aman mereka sudah berjaya dalam bidang ekonomi berjaya mengawal politik Malaysia kerana perpecahan kaum Melayu itu sendiri. Mereka sudah mengadakan majlis ritual Abu Mayat Ching Peng dengan mengwar-warkan majlis tersebut, mereka mengadakan majlis memperingati perjanjian damai 1989, mengaku dengan bangga keluarga mereka pejuang komunis. Ini menunjukan fahaman atau ideology tidak boleh dihapuskan. Boleh percayakah kata-kata Tan Sri Rahim Noor yang komunis sudah tidak ada tak wujud, mengikut buku ‘Wira Tak Didendang’ beliau bukan orang yang berpengalaman dengan komunis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan