Halaman

Jumaat, 26 Jun 2020

Pekan Sehari dibuka


Susulan pembukaan semula pasar malam dan pekan sehari di kuala Lipis  bermula 26 Jun 2020(Jumaat) hari ini.  Di Dataran Orang Kaya Haji , pihak Majlis Daerah Lipis menjalankan kerja-kerja menanda aras dan persedian prosedur operasi standard (SOP).

Pasar Malam
  • Tarikh : 26 Jun 2020 (Jumaat)
  • Masa : 3:00 petang hingga 9:00 malam
  • Tempat : Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis.
Pekan Sehari
  • Tarikh : 27 Jun 2020(Sabtu)
  • Masa : 7:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
  • Tempat : Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis.

Perniaga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh MDL iaitu setiap gerai di tapak niaga perlu disusun atur dengan jarak 2.5 meter antara satu sama lain. Selain mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan, peniaga juga tidak boleh mengambil pekerja asing

Selain peniaga, pengunjung juga perlu menjalani norma baharu yang digariskan dalam SOP.
Pengunjung bolehlah membuat dan merancang lebih awal sekiranya ingin ke pasar malam atau Pekan sehari  supaya dapat  mematuhi SOP seperti berikut, antaranya:

• Orang ramai perlu memuat turun aplikasi MY SEJAHTERA, PahangGo dan mendaftar maklumat diri
• Menjalani saringan suhu badan sebelum memasuki tapak niaga
• Membasuh tangan atau Menggunakan hand sanitiser dan digalakkan menggunakan pelitup muka
• Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5° C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga
• Masuk dan keluar di kawasan pasar mengikut laluan yang ditetapkan
• Mengikuti laluan perjalanan yang ditetapkan di tapak pasar

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#bandarwarisansejarah

Pasar malam 3:00 petang hingga 9:00 malam



Rabu, 24 Jun 2020

Durian Batu Kurau





Musim durian 2020 di Batu Kurau

Tontonan anda juga adalah satu ibadah dalam membantu mereka 

Untuk pembelian sila hubungi:
(Buah Durian) 
Pak yob - 013 6939315 (Kg. Pantai Besar)
En. Ansan - 012 5857572 (Kg. Jabi) 

Dapatkan Tempoyak 
En Zakuan - 011 40211080 (Kg. Jelai) 

(contact :fazelimatzin@gmail.com)



Selasa, 16 Jun 2020

Harga Sawit terus Meningkat


Harga minyak sawit negara terus meningkat

Oleh Noorazura Abdul Rahman
bhnews@bh.com.my

ALOR SETAR: Harga minyak sawit Malaysia menyaksikan peningkatan apabila sudah mencecah RM2,400 setan, selain Turki dijangka menjadi negara pengimport baharu kepada komoditi itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata permintaan itu dipengaruhi usaha kerajaan memperkenal pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas industri berasaskan minyak sawit selama enam bulan sehingga Disember ini.

"Walaupun pandemik COVID-19 belum berakhir sepenuhnya, namun terdapat peningkatan permintaan daripada India dan negara lain termasuk yang terbaru adalah Turki.

"Turki bukan hanya mahukan minyak sawit mentah (MSM) kita, bahkan mereka juga sedang memperhalusi produk kita di pasarannya," katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan terperinci bersama India berkaitan permintaan minyak sawit Malaysia ke negara itu.

"Kita mempunyai bekalan cukup untuk menampung permintaan dari luar negara, cuma kita menggalakkan lebih ramai anak muda terbabit dalam estet sawit kerana masih banyak buah sawit belum dituai.

"Jika kita dapat tuai lebih banyak, maka lebih besar pengeluaran minyak sawit kita. Tahun lalu, kita hanya mampu bekalkan 20 juta tan sawit dan berharap ia dapat ditambah tahun ini," katanya.

Khamis lalu, media melaporkan niaga hadapan minyak sawit Malaysia melonjak berikutan peningkatan keyakinan negara pengguna utama seperti India, China dan Pakistan akan meningkatkan pembelian selepas tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19.

Kontrak hadapan minyak sawit untuk Ogos meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM2,381 satu tan, sebelum didagangkan pada RM2,378 pada waktu rehat tengah hari.

Angka itu selaras dengan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menunjukkan simpanan minyak sawit negara turun untuk pertama kalinya dalam tempoh empat bulan menjadi 2.03 juta tan bulan lalu daripada 2.04 juta tan pada April.


Ahad, 14 Jun 2020

Pembalakan haram

Aktiviti pembalakan haram skala besar terbongkar




CUBAAN menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai untuk aktiviti pembalakan secara haram menggunakan surat kuning tidak menjadi kenyataan apabila dikesan anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis, semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, dalam serbuan di Kompartmen 179 Hutan Simpan Ulu Jelai kira-kira 11 pagi semalam pihaknya menyita 10 jentera berat bernilai lebih RM1.6 juta yang disimpan dalam hutan terbabit.

Menurutnya, antara yang disita ialah tiga lori mengangkut balak, dua jentolak dan lima jengkaut yang ditempatkan di kawasan bekas tapak tempat mengumpul balak atau matau.

Turut ditemui rumah kongsi dalam pembinaan bagi menempatkan pekerja dan tangki minyak serta pelbagai peralatan lain.

Katanya, penemuan kes semalam adalah kejayaan terbesar dilakukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis terutama di kawasan Pahang Barat yang sebelum ini terbabit dengan operasi lombong emas.

"Kita akan menyiasat dalang yang terbabit dengan kegiatan berkenaan. Tindakan undang-undang sedia menunggu mereka dibawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh hutan simpan termasuk menempatkan jentera.

"Tindakan pantas yang dilakukan dapat menyelamatkan Hutan Simpan Ulu Jelai daripada musnah angkara aktiviti pembalakan haram,kerajaan negeri juga menanggung kerugian berikutan gagal menerima cukai," katanya di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan anggota Unit Penguatkuasa PHD Lipis terpaksa berjalan beberapa kilometer berikutan jalan balak lama yang digunakan dihalang dengan balak termasuk dibina parit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Mohd Hizamri menambah, pemeriksaan dilakukan tidak menemui individu terbabit kegiatan berkenaan dan jalan dalam hutan kira-kira 10 kilometer yang baru disediakan oleh pihak terbabit bagi tujuan memindahkan balak ditemui.

Aktiviti mengeluarkan hasil hutan tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, dia memuji kesungguhan ditunjukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis yang diketuai Pengawai PHD Lipis,

Nor Shahrini Nordin Ahmad yang sentiasa bertindak tegas membendung aktiviti pencerobohan hutan simpan di daerah ini.

Tegasnya lagi, semua jentera yang disita kini ditempatkan sementara di Batu 18 Pejabat Renjer Sungai Koyan, Raub sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Sepanjan Mac hingga Jun Unit Penguatkuasa PHD Lipis berjaya membongkar empat kes membabitkan cubaan memindahkan hasil hutan iaitu balak dan emas.

"Usaha secara berpasukan selain sokongan orang awam yang memberi maklumat menjadi pencetus setiap kejayaan yang dihasilkan," katanya yang berharap semua kegiatan menyalahi undang-undang dapat disekat.

#HarianMetro

#PAHANG 13/06/2020

Sabtu, 13 Jun 2020

Argopreneur Muda… Pertanian Untuk Golongan BELIA



APA ITU PROJEK AGROPRENUER MUDA?

1. Tahukah anda kerajaan melalui MOA ada menawarkan program Agropreneur Muda yang boleh dipilih dan dipohon oleh para golongan belia yang mempunyai tanah atau kawasan yang sesuai.

2. Tiga jenis BANTUAN yang diberikan iaitu Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000 (sektor tanaman), pembiayaan Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000/, pembiayaan TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000/projek dan Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif.

3. Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

4. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan anak muda dalam bidang keusahawanan agro dalam sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

5. Objektif Program Agropreneur Muda adalah menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.

6. Selain itu, mengubah persepsi dan mentaliti lama golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju dan sumber kekayaan baharu.

7. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran,  kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.

8. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

SYARAT-SAYARAT PERMOHONAN 

1. Warganegara Malaysia. Berumur 18 – 40 tahun sahaja. Boleh menulis, membaca dan mengira.

2. Individu yang baru memulakan projek, wajib ikut program latihan teknikal yang diiktiraf oleh MOA.

3. Individu yang mempunyai sijil spm/Diploma/Ijazah boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan mengikuti program latihan teknikal.

4. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah dan permis sedia ada. Geran ini adalah satu bentuk pembiayaan oleh pihak MOA, yang mana TIDAK perlu dibayar semula oleh pemohon yang berjaya.

5. Dokumen yang dilengkapkan hendaklah di hantar ke agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan.

6. Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak sahaja dipilih selepas tapisan. Permohonan dianggap gagal selepas 3 bulan jika tiada tindak balas mengikut fasa.

7. Pemohon yang gagal boleh buat permohonan baru pada fasa berikutnya. 8. FASA 1 (1-31 Januari 2019) FASA 2 (1-31 Mei 2019) FASA 3 ( 1-31 September 2019). Untuk info permohonan tahun 2020, sila hubungi no. 03-88701234/03-88701235
Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat buat permohonan ye. Jangan lepaskan peluang yang terhidang di depan mata.

CARA UNTUK MEMOHON:

1. Pemohon boleh membuat permohonan di Pejabat jabatan/agensi daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat.

2. Anda juga boleh layari Link : https://www.moa.gov.my/agropreneur-muda untuk download borang permohonan secara online, mengetahui jenis-jenis bantuan yang disediakan dan mekanisma pelaksanaan.

3. Sekiranya ada persoalan berhubung Program Agropreneur Muda ini, tuan/puan boleh menghubungi melalui :

ALAMAT: 

1. Unit Agroprenuer Muda, Aras 1 Wisama Tani, No 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

2. No.Tel: 03-88701234/03-88701235 / Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com / Web : www.moa.gov.my

3. Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/ / Twitter : @agroyouthmoa / Instagram : @agroyouthmoa

Seiranya anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa SHARE di fb terima kasih –  sifudurian
Sumber dari Portal rasmi KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

https://www.moa.gov.my/agropreneur-muda

Borang untuk di Download




Jumaat, 12 Jun 2020

Kemalangan dekat Bt. Sarang Kuala Lipis


Doakan semoga semua yang terlibat selamat...Aamiin
Kemalangan 3 buah kereta dekat kampung Relong,  Kereta memotong tak lepas, jalan licin kerana lepas hujan

Hati-hati  semua yang 'on the way'  balik kelantan atau yang melalui jalan menghala ke Kelantan
Kejadian Berlaku pukul 6 lebih sebentar tadi.. FB Lipis



berhati-hati dijalan raya





China rindu durian Malaysia

Cerita dari Lipis Durian
Kilang Pemproses Durian Sejuk Beku Sg. Ruan Raub Pahang


Di tengah-tengah COVID-19, cinta China terhadap durian Malaysia masih kuat

KUALA LUMPUR (10 Jun): Durian Malaysia terus menjadi rebutan di China, didorong oleh permintaan dan penggunaan yang kuat dari orang Cina untuk Raja Buah.

Kaunselor Komersial di Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Shi Ziming, mengatakan minat dari pengguna China untuk buah itu tidak berkurang walaupun rantaian bekalan untuk durian Malaysia terjejas pada awal tahun 2020 kerana pandemi COVID-19, dan permintaan cepat sembuh apabila wabak di republik itu berjaya dikawal.

Dia mengatakan ini kerana durian dari Malaysia adalah buah kegemaran di China, dan sering dicari oleh pembeli sebagai hadiah istimewa untuk rakan dan keluarga mereka.

"Tekstur dan rasa durian Malaysia tiada duanya di dunia. Ia sering dibeli sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan, ”kata Shi dalam wawancara e-mel dengan Bernama.

Kesukaan orang Cina terhadap Raja Buah, yang terkenal dengan bau khas dan kulitnya yang berduri, terbukti dengan jumlah import China sebanyak 600,000 tan durian bernilai AS $ 1,7 bilion (RM7,24 bilion; US $ 1 = RM4,26) dalam 2019.

Walau bagaimanapun, import durian dari Malaysia hanya merangkumi peratusan pasaran yang sangat kecil di China. Setakat ini, durian dari Malaysia hanya terdapat di beberapa bandar utama di China dan melalui platform dalam talian.

Menurut statistik Kedutaan, China mengimport 3.200 tan pulpa dan pasta durian sejuk beku dari Malaysia - yang berjumlah AS $ 41 juta pada tahun 2018. Kelulusan untuk mengangkut durian keseluruhan mulai pertengahan 2019 telah menyebabkan lonjakan eksport buah, berjumlah 7,700 tan (termasuk pulpa dan pasta) pada tahun 2019 bernilai sekitar AS $ 67 juta.




Walaupun terdapat wabak dan tempoh di luar musim, eksport durian Malaysia ke China pada suku pertama 2020 setara dengan yang sebelumnya - AS $ 22 juta, kata Shi, sambil menambah bahawa "ini menunjukkan bahawa eksport durian Malaysia ke China tidak terjejas semasa musim ini (tempoh) ”.

Shi juga mengatakan penjualan durian di Malaysia meningkat sepuluh kali ganda menjelang akhir Mac berikutan promosi oleh platform buah segar e-dagang China FreshHema, dan mencecah RMB4.35 juta (RM2.62 juta) di platform makanan dibawa pulang Meituan Waimai pada 20 Mei .

Presiden Persatuan Peladang Makanan Malaysia (Youth Youth), Francis Hong, mengatakan eksport durian dari Malaysia ke China telah kembali kepada hampir 80 peratus, dan bekalan - dengan kedatangan musim baru (Mei hingga Julai atau Ogos) - dijangka meningkat dan mampu memenuhi permintaan dari pasaran China.

"Seperti sektor lain, kita juga dipengaruhi oleh COVID-19. Tetapi sekarang, keadaan perlahan-lahan bertambah baik; dan dengan musim baru yang baru dimulai, kami berharap dapat menuai hasil yang baik, tetapi ini (produksi) tentu sangat bergantung pada cuaca juga, ”katanya kepada Bernama.

Hong, yang juga mengeksport durian ke China, mengatakan pangsa pasar durian Malaysia di China hanya sekitar 10 peratus - terutama dijual di Shanghai, Guangzhou, Guangdong dan Beijing.

Malaysia hanya mengeksport varian durian premium ke China - termasuk Musang King, 101, dan D24 yang terkenal. Rata-rata, satu kilogram Musang King dapat menjangkau hingga RMB200-RMB300 (RM120-RM180), kata Hong.

Seorang pengusaha lain, Fred Lim, mengatakan walaupun produksi dan penjualan duriannya terjejas teruk oleh wabak itu, dia tetap optimis dan keadaan akan pulih tidak lama lagi.

Dia mengatakan wabak COVID-19 awal tahun ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) telah menyebabkan perniagaan duriannya merosot sebanyak 50 peratus, sementara pendapatan telah dikurangkan dari RM5 juta sebulan sebelumnya menjadi RM2.5 juta sekarang.

Lim telah mengeksport pulpa dan pasta durian ke China sejak 2010.

"Pengeluaran telah terjejas teruk, tetapi semoga keadaannya pulih mulai sekarang.

"Saya juga berharap MITI (Kementerian Perdagangan Internasional dan Industri) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mengatur misi perdagangan ke China tidak lama lagi agar kita dapat berpartisipasi dan memasuki pasar yang lebih besar di sana," katanya.

Sementara itu, Shi berharap pembekal dan pengeksport Malaysia dapat melancarkan lebih banyak aktiviti promosi pasaran agar durian Malaysia dapat dinikmati oleh lebih banyak orang di China.

Dia juga mendorong pengusaha Malaysia untuk memperkenalkan lebih banyak jenis produk makanan berasaskan durian - seperti pastri - ke pasar China.

"Oleh kerana kemasyhuran durian Malaysia terus berkembang di China, potensinya tidak terbatas," kata Shi. - BERNAMA

Cerita dari Lipis Durian Musang King
Durian untuk disejuk beku

Rabu, 10 Jun 2020

Kenali Anak Durian

BLACK THORN/OCHEE/DURI HITAM

Saya juga ada cuba  menanam durian Black Thorn/Ochee atau nama lainnya adalah durian duri hitam. Kod durian ini adalah D200. Klon ini semak ini mendapat perhatian penanam durian di seluruh negara kerana keenakannya ada aromanya yang sangat sedap serta isinya yang berwarna oren. Difahamkan harga sekilo durian ini boleh mencecah RM100 ke atas. Anda patut tanam mulai sekarang. Anggaran masa berbuah adalah sekitar 4 ke 5 tahun.

cerita dari lipis durian
Duri Hitam 


HAJJAH HASMAH (D168)

Juga dipanggil durian mas muar/johor atau IOI. Buanya boleh mencecah 2-3kg sebiji, kulit berwarna hijau dan isinya kuning kunyit, IOI antara durian kegemaran saya kerana rasanya yang sedikit pahit dan berlemak. Durian ini wajib ditanam namun untuk komersial, saya saran kan tidak perlu tanam banyak kerana buanya cepat pecah selepas 3 hari dan sukar untuk dijual


IOI

MUSANG KING (D197)

Sedikit pahit berbanding dengan durian lain, buahnya yang lambat rosak dan pecah membuatkan durian ini antara klon yang wajib ditanam secara komersial, anggaran harga sekilo ia lah sekitar rm30 hingga rm100 sekilo. cara menggenal durian musang king, pasti kan pada kawasan bawah durian tersebut tidak mempunyai duri seolah-olah seperti tapak sulaiman atau bintang dan juga pada bahagian bawah tangkai durian.lihat pic di bawah Juga digelar durian king atau raja segala buah kerana isinya yang sangat sedap dan berlemak.


Musang King


MONTHONG (D159)

Asal Thailand, durian ini mempunyai saiz yang besar dan beratnya boleh mencecah 5-6 kg sebiji.Rasanya berlemak dan manis, lembut dan isinya sedikit pucat, namun amat sedap.    Wajib tanam tapi pasti kan dahan pokok ini perlu kuat supaya dapat menampung berat buahnya nanti.Pilih dahan yang besar dan pangkas dahan yang kecil-kecil bagi mengelakkan ia patah. 


Monthong

TEKKA  D160

Durian Tekka juga pernah dinamakan sebagai Durian Musang Queen  akan tetapi nama ini kurang di gunakan oleh peminat durian. Durian Tekka merupakan varieti durian dengan kod yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana nombor kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua pada tahun 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa. Indonesia panggil durian Jantung.


Durian Tekka tanam 13 Nov 2020 harga RM 50



DURIAN KAMPUNG

Tahun 1988 orang tua saya mula menanam durian kampung, masa tu tiada lagi durian popular seperti durian di atas, hanya ada orang sebut durian kahwin. Kebanyakan pekebun menanam durian kahwin kebiasanya  tidak tahan lama kadang-kadang dua tiga kali berbuah pokok pun mati mungkin tak tahan kekurang air, pada masa tu mana ada orang siram pokok durian. 


Durian Kampung

Tanam 1988

Harimau Jadian




"Daun anak durian yang saya scan di kebun, betulnya tak dapat dipastikan sebab tak berbuah lagi..."



Tanam Durian Musang King


Cerita dari Lipis Durian
Agro Bank 



Isnin, 8 Jun 2020

Rahsia Tempoyak.


Tempoyak 


Sebenarnya ramai tidak ramai tahu rahsia tempoyak

Tempoyak bukan cuma sedap tapi tempoyak ni penuh dengan bakteria baik ( probiotik ) untuk usus anak anak dan keluarga kita

Tempoyak ni terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya

Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada 7 strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemua spesis ni mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi

Aktiviti oksidan yang tinggi ni dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser juga sebenarnya

Dalam usus kita, ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tak seimbang, itulah saatnya penyakit berbahaya akan mula menyerang kita sekeluarga

Sebab tu lah tempoyak ni bukan cuma penaik selera makan kita sekeluarga. Tempoyak ni juga adalah penaik imuniti badan dan perencat kuman jahat di dalam usus.

Itulah kenapa saya ajarkan anak anak saya untuk jatuh cinta dengan tempoyak kerana saya percaya kita tak perlu makanan mewah dan mahal mahal pun untuk menjaga kesihatan  keluarga kita




Dapatkan Tempoyak 

Bagi penggemar masakan kampung, sambal tempoyak, sayur tempoyak, gulai tempoyak ikan patin dan lain-lain. Jangan lepaskan eluang untuk memikmati dan memiliki tempoyak yang fresh dan segar dimusim durian ini.
1. Tempoyak dari isi durian kampung yang SEGAR  DISIMPAN DI DALAM FROZEN SEJUK BEKU
2. tidak  masam dan berbau harum. Seblum pos.. 
3. dari isi durian yang baru luruh musim july 2021
4. sangat sesuai untuk aneka masakan, sambal tempoyak, ikan patin masak tempoyak, petai tempoyak dan lain-Lain
5. diproses dengan bersih menggunakan sarung tangan.
6. di masukkan ke dalam balang dibalut kemas dan disimpan di dalam peti sejuk.
7. pembeli boleh disimpan lama jika disimpan didalam peti sejuk..
8. BERAT BERSIH TEMPOYAK 500GRAM SETIAP PEK
JIKALAU COD ISI DURIAN INI BOLEH DIBUAT CUCUR DAN BUBUR KERANA TIDAK MASAM
BILA PIS 1 KE  3 HARI DI PIHAK COURIUR AKAN MENJADI SEDIKIT MASAM DAN BERGAS

Bahan-bahan:

100% Isi durian .

Beli Sekarang :  https://invol.co/cl5dax6

Resepi Sambal Tempoyak





Ahad, 7 Jun 2020

Masa di Kebun

 Bila dah pencen buat kerja apa yang kita suka aje... sambil mengeluarkan peluh..."

                Kebun Getah
Org kata tak boleh guna racun 'Ecomax'  kat kebun

Racun Kebun


               Kambing

Tak bagi makan aku lari..."
Mana larat hari-hari makan pucuk kayu.."
Kalau Durian saya suka sangat lah..."



Ada masa semai benih durian
Check Pagar letrik

kerja aku lompat pagar...hari-hari hilang..."








Nangka Madu



Nangka Madu





                                                                      Kena salut



Kaki Ganda



Kaki Ganda




Menjadi juga


Musang King


                                                                Musang King 



Daun Musang King: Baja sebulan sekali NPK 15:15:15 + dolomite




Buat longkang disekeliling untuk tabur baja Organik tinja kambing









Ikan Tilan macam ular



Bila ikan naik let...ikan yg panjang celoreng ni tak sedap buat gulai masam..."





Buah Kekabu



Jolok pokok Bantal


Projek Baru

Agak-agak Projek Apa...Tiang merbau  ada 15


Ini pojek kawan sy...  kita tengok seterusnya Apa yg hendak dia buat  20' X 50' 


Lihat Seterusnya 

Pengalaman Tanam Getah

Nangka Madu

Tanam Durian Klon Musang King

Cantum Klon Musang King






Sabtu, 6 Jun 2020

Majlis Ugama Islam Pahang


PKPB: PELAKSANAAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT DI 84 BUAH MASJID DAERAH DAN MASJID KARIAH

KUANTAN. 6 Jun 2020 Bersamaan 14 Syawal 1441 Hijrah - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan, bermula pada 5 Jun 2020 pelaksanaan solat subuh berjemaah dan solat Jumaat diadakan di masjid-masjid daerah (kategori B serta masjid-masjid kariah di negeri Pahang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Titah baginda berhubung perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan media oleh paduka kakanda yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Sehubungan dengan itu, ketetapan bagi masjid daerah (kategori B berjumlah 13 buah sepertimana berikut :


  • Masjid Al-Hidayah Permatang Badak,
  • Masjid Al-Makmur Batu 10 Kuantan,
  • Masjid At-Taqwa,
  • Masjid Padang Polo Pekan,
  • Masjid Abu Bakar Temerloh,
  • Masjid Abu Bakar Mentakab,
  • Masjid Tengku Ahmad, Jerantut,
  • Masjid Jamek Bandar Triang, Bera,
  • Masjid Tengku Sulaiman Ketari,
  • Masjid Jamek Bandar Karak (Bentong),
  • Masjid Bukit Fraser, Raub,
  • Masjid Benta, Lipis dan
  • Masjid Baru Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.


Manakala masjid kariah yang dibenarkan berjumlah 71 buah iaitu di Kuantan (7), Pekan (5), Rompin (6), Maran (5), Temerloh (5), Bera (5), Jerantut (5), Bentong (5), Raub (5), Lipis (6), Cameron Highlands (2), Muadzam Shah (5), Chenor (5) dan Jengka (5)


6 Masjid di dalam daerah Lipis

  • Masjid Jamek Kg Budu
  • Masjid Saidina Ali Kg. Tempoyang
  • Masjid Kg. Gua
  • Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Felda Sungai Koyan
  • Masjid Muttaqin Kg Kerambit
  • Masjid Kg Relong.


Berita Gembira dari Tan Sri Muhyiddin Yassin



● Bantuan khas RM300 *sekali bayar* kepada ibu tunggal dan OKU.
Pembayaran sebelum Raya Haji

● .Pass bulanan pengangkutan *Unlimited Rides* hanya RM30 sebulan bermula 15 June 2020 hingga 31 Dis 2020 untuk semua pengangkutan dibawah Prasarana

Maknanya boleh naik Bus....BRT.....LRT....MRT dan Monorail hanya RM30 sebulan tanpa henti.

● .E-Wallet RM50 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.....dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.
Dapat Julai 2020

● Internet percuma 1GB setiap hari dari 8am-5pm sehingga 31 Dis 2020

● Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

● Majikan yang membenarkan pekerja bekerja dari rumah dengan menyediakan Kelengkapan IT seperti Smartphone....Tablets & Laptop dapat pengecualian cukai sehingga RM5,000.
Ini untuk menggalakkan Kerja dirumah..

● Mereka yang hilang pekerjaan layak menerima elaun latihan sehingga RM4,000 walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan

● Program Subsidi Upah dilanjutkan lagi sehingga 3 bulan

Khamis, 4 Jun 2020

Penyerahan Kunci Rumah




Alhamdulillah, terima kasih Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang, kini kehidupan saya sekeluarga lebih selesa kerana setelah menerima sumbangan untuk memasuki rumah baharu."

Itu luahan Zahari Mohd Nor, 58, dari Kampung Tanjung Lumpur yang menerima sebuah rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pak Mahat, di sini hari ini.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia sangat terharu apabila Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang amat prihatin terhadap masalah rakyat di negeri ini.

"Saya akur dengan keputusan Kerajaan Negeri meminta kami berpindah. Alhamdulillah banyak yang Kerajaan Negeri Bantu terutamanya dalam proses perpindahan kami sekeluarga ke Pak Mahat," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Majlis penyerahan kunci berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Sementara Zuraida Awang Ngah, 43, berkata, beliau berasa amat lega dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu untuk mendapat rumah baharu yang lebih selesa dan selamat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu 'menghadiahkan’ saya sebuah rumah . Rumah ini cukup  sempurna bagi saya," kata pesakit buah pinggang itu.

Bagi Nawi Abdullah, 72, pula, Kerajaan Pahang amat prihatin apabila tidak meruntuhkan rumah yang dibina di tanah kerajaan sehingga mendapat rumah yang baharu.

"Saya bersyukur kerana keprihatinan pemimpin turun padang dan melihat sendiri kehidupan kami sekali gus terus membantu," katanya. - PAHANGMEDIA