LIPIS 14 Ogos - Gara-gara sebuah lori muatan sawit yang dipercayai hilang kawalan menyebabkan tiga termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori berkenaan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini, hari ini.
Mangsa yang maut ialah dua beradik, iaitu Roziah Mohamed Yusof,22 dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff,32, yang berada di tempat duduk belakang serta pemandu kereta, Faizul Idzafi Azmi,34.
Seorang lagi penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 5.45 petang berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur.
"Apabila sampai di tempat kejadian lori yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan.
"Akibat kejadian tersebut pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah,"katanya di sini, hari ini.
Menurut Azli mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.
FB Pahang Story.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan