Semenjak negara kita dilanda #covid19, kita mulai sedar bahawa pentingnya bekalan makanan yang mencukupi. Ini dapat dilihat ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, permintaan terhadap makanan seperti buah dan sayuran meningkat. Maka, dasar dan pelan pembangunan makanan negara diperkasa.
Sehubungan dengan itu PPK (PELADANG) Jelai melancarkan program Laman Makanan bertujuan membuka peluang kepada ahli mahupun bukan ahli khususnya suri rumah di Kg Keledek untuk menanam sayuran fertigasi secara kecil kecilan di rumah.
Pakej yang ditawarkan ialah 20 polibeg, cocopeat, dan sistem fertigasi lengkap berserta anak benih (boleh dipilih). PPK juga akan menyediakan servis pemantauan secara berkala, khidmat nasihat dan tips penjagaan. Semuanya akan disediakan termasuk pemasangan dan tanam. Kita cuma jaga sahaja. Pakej ini cuma berharga RM180.
Bolehlah menanam secara kecil kecilan untuk keperluan dapur seisi keluarga. FRESH pulak tu dari kebun sendiri.
Bagi yang berminat boleh hubungi
Ketua Unit Peladang Kg Keledek : Ahmad Zaini 0194086756
Peladang Muda Kg Keledek : Lukman 01158601464
Timer Fertigasi
Kredit : FB Kg. Keledek
Salam bertani
BalasPadamtak berkebun hari ni Hujan dari pagi..."
BalasPadam