Halaman

Isnin, 24 Ogos 2020

Pekebun durian Raub berdemo.

 

Sekumpulan pekebun durian yang diancam pengusiran berkumpul di pasar Sungai Klau di Raub, Pahang bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan isu itu.

Mereka, yang mengusahakan tanaman durian atas tanah kerajaan tanpa kebenaran, memegang pelbagai sepanduk dan melaungkan slogan meminta kebun mereka “diselamatkan”.

Mereka turut membuat gesaan itu dalam sidang media dianjurkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Tras Chow Yu Hui dan kumpulan yang menamakan diri mereka Perikatan Selamatkan Musang King (Samka).

Bercakap kepada media, Chow berkata fakta sejarah menunjukkan mereka sebenarnya digalakkan meneroka tanah kosong kerajaan sekitar tahun 1970-an melalui Rancangan Buku Hijau.

Justeru, kata mereka, mereka bukanlah peneroka haram.

 FB, Anwar Syafiq


Selamat Menyambut Hari Merdeka.





2 ulasan:

  1. Semoga ada situasi menang menang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pernah PTG menebang pokok getah org kampung di Lipis kerana menanam di tanah kerajaan... "

      Padam

Ulasan