Skim Bantuan Sara Hidup RM 300 bulanan ,untuk veteran ATM , Angkatan Tentera Malaysia. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa.
Malaysia merupakan negara yang selamat, kita tidak ada peperangan seperti di negara lain tetapi , negara juga perlu ada tentera yang siap sedia untuk menyelamatkan negara . Semua anggota tentera, sedia berkorban untuk menyelamatkan negara jika peperangan berlaku dengan gaji yang tidak banyak , training yang berisiko tidak dapat jumpa family. Mereka juga rela berkorban nyawa untuk negara.
Syarat-syarat permohonan Kadar bantuan RM300 sebulan
• Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
• Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan). Untuk memohon , anda perlu muat turun ini, download link di bawah .
• Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) Muat Turun.
• Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
• Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Moga dapat membantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan