Halaman

Selasa, 29 September 2020

Inisiatif perumahan Veteran ATM

 

Inisiatif perumahan Veteran ATM merupakan satu program untuk memperkasakan pemilikan rumah sedia ada untuk membantu veteran ATM yang masih belum memiliki rumah untuk mempunyai kediaman kondusif dan selesa. 

Menurut Ketua Setiausaha, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Kementerian Pertahanan memperuntukkan kuota sebanyak 30% kepada veteran ATM manakala 70% diperuntukkan kepada anggota yang dalam perkhidmatan melalui inisiatif Projek Satu Rumah Satu Anggota (SASAR). 

Kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha penambahbaikan keperluan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM termasuk anggota keluarga mereka.

Dalam pada itu, KSU turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya syarikat-syarikat korporat agar turut sama-sama menyumbang kepada Tabung Pahlawan Veteran ATM 2020 untuk menghargai sumbangan pahlawan keluarga mereka negara disamping turut membantu veteran-veteran ATM yang hilang upaya serta.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan topik Inisiatif Perumahan Veteran & Tabung Pahlawan ATM di rancangan Asalamualaikum TV AlHijrah pagi tadi. 28/9/20

#MinDefMalaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan