Elaun Sara Diri Bulanan RM 1,200 Geran RM 10,000 -JUMPER Start Up 2020 siri 3
Berita baik buat rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan.
Mereka yang berkelayakan boleh memohon menyertai Program JUMPER anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Program JUMPER PUNB ini telah dijalankan dijalankan sejak tahun 2010 lagi yang dahulunya dikenali sebagai Program Siswazah Perantis PUNB. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Program JUMPER PUNB 2020 secara Online.
PUNB bukan sahaja menawarkan sokongan dari segi kewangan, malah khidmat nasihat, rundingan serta latihan kepada individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan. Antara inisiatif yang telah dibangunkan PUNB termasuklah Skim Budding PUMA, Prosper Usahawan Muda dan juga Program JUMPER.
Program ini adalah program khas yang disasarkan kepada graduan muda Bumiputera yang membuat pilihan keusahawanan sebagai pilihan kerjayanya. Usaha ini diperkenalkan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang berdaya tahan serta dinamik dalam bidang peruncitan dan pengedaran perniagaan.
Mengapa anda perlu sertai Start Up PUNB INI...?
- Anda akan dapat elaun sara diri RM 1,200 sebulan
- Program Latihan 8 bulan berkonsepkan Latihan sangkut
- Latihan modul diberikan secara percuma.
- Mentor terdiri daripada usahawan yang berpengalaman dan terpilih.
- Peluang untuk mendapatkan geran yang berjumlah RM 10,000 berserta pembiayaan minimum sebanyak RM 40,000 untuk memulakan perniagaan yang boleh dimiliki
Anda boleh mendapatkan matlumat lanjut di
Untuk permohonan anda perlu layari
Sumber dan Permohonan:
1) https://www.punb.com.my/en/media-1
2) https://e-borang.punb.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan