Halaman

Ahad, 8 November 2020

Pemantauan Convid19 di Lipis

Enam lelaki tidak daftar nama di pusat snuker dikompaun

LIPIS 8 Nov. - Tindakan enam lelaki yang memasuki pusat snuker tanpa membuat pendaftaran masuk membawa padah apabila mereka dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Enam lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Gajah, Kampung Berchang dan Jalan Emas itu dikenakan tindakan dalam operasi pemantauan yang dilakukan polis di Kompleks Alamanda di sini malam semalam

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 11.30 malam itu lelaki berusia antara 27 hingga 59 tahun itu dikenakan tindakan Kompaun di bawah

Peraturan 10 PPPDPPB 2020.

"Kesemua enam individu berkenaan dikenakan kompaun kerana tidak mendaftar semasa masuk ke dalam premis.

"Individu berkenaan diarahkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa ketika masuk ke dalam premis awam setelah kompaun dikeluarkan,"katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak polis akan terus mempergiatkan pemantauan bagi memastikan masyarakat di daerah ini memaruhi peraturan dan SOP ditetapkan dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Kredit : #PahangStory


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan