Halaman

Ahad, 8 November 2020

Apa dia..Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP



Akaun 1
  = 70 peratus daripada caruman bulan daripada majikan

  • Simpanan dalam akuan satu ini bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja. Jadi, simpanan di akaun satu ini sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun

Akaun 2 = 30 peratus daripada caruman bulanan daripada diri sendiri (pekerja) 

  • Simpanan dalam akaun dua pula bertujuan untuk membantu kita membuat persedian bila nak bersara
  1. Usia kita mencecah umur 50 tahun.
  2. Membuat pendahuluan membeli rumah yang pertama.
  3. Menyelesaikan baki pinjaman perumahan pertama
  4. Membiayai pendidikan diri kita dan anak-anak kita.
  5. Menunaikan Haji (berkuat kuasa 1 Januari 2013)



Pelaburan Jangka Panjang

Kerajaan antara yang akan terkesan dan hilang sumber pinjaman sekiranya wang caruman dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluarkan dan diberikan kepada rakyat. Pakar Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Noor Azlan Ghazali menjelaskan, selain rakyat yang bergelut ekoran hilang sumber pendapatan, ada risiko lain yang terpaksa dihadapati sekiranya wang KWSP dikeluarkan ketika pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Ikuti kupasan dan pandangan beliau.










Cara semak KWSP dengan aplikasi i-Akaun

Cara mudah untuk semak KWSP dengan aplikasi i-Akaun secara Online dengan App i-Akaun 

1. Pastikan anda sudah mempunyai i-Akaun, pendaftaran boleh dibuat di cawangan KWSP yang terdekat. Option "Forget username password" juga boleh digunakan jika anda lupa username ataupun password untuk i-Akaun anda. Akaun untuk laman sesawang dan aplikasi adalah sama 

  • 00:46 Download aplikasi i-akaun dari Playstore ataupun Appstore. Pastikan aplikasi adalah rasmi dari KWSP 
  • 01:33 Guna fungsi "Forget username /password" jika anda lupa userID ataupun Password. Masukkan No Kad Pengenalan anda 
  • 02:03 Login ke aplikasi i-Akaun 
  • 02:43 Semak balance untuk KWSP Akaun 1 dan Akaun 2



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan