Halaman

Rabu, 9 Disember 2020

App google play store 'PahangGo'

 



Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang bakal menggunakan aplikasi PahangGo bagi kemudahan pembayaran kupon letak kenderaan.

Setakat ini, kemudahan itu sudah dilaksanakan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff berkata, menerusi aplikasi yang dibangunkan kerajaan negeri itu, pemilik kenderaan tidak perlu lagi membeli kupon sebaliknya hanya menggunakan aplikasi itu sebaik meletakkan kenderaan mereka.


"Kerajaan negeri setuju memperluaskan perkhidmatan itu di semua PBT di Pahang selepas dilaksanakan di MPK, MPB dan MDCH," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas pencapaian aplikasi PahangGo sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, beliau berkata, kira-kira 140,000 pengguna direkodkan menggunakan perkhidmatan itu.

Katanya, secara keseluruhan aplikasi itu sudah mengutip RM800,000.

"Aplikasi ini bukan sahaja untuk pembayaran letak kereta, malah pengguna boleh membuat pembayaran lain antaranya cukai tanah, cukai taksiran dan pembayaran kompaun PBT.
"Pengguna juga boleh melihat sejarah transaksi yang dapat dimuat turun sebagai rujukan pengguna," katanya.

Klick Sekarang : App PahangGo




Sumber Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan