Bagi kenderaan biasa (sedan), ia memerlukan hanya 12 inci (30 cm) air untuk kereta terapung dan menghanyutkan kenderaan anda. 12 inci adalah bawah sedikit dari lutut.
Jika anda meredah air, pastikan cermin kereta siap-siap diturunkan. Terus keluar dari kenderaan melaui tingkap jika kereta sudah dikawal air atau mulai tenggelam dalam air. Jika lambat, sistem tingkap dikhuatiri akan jammed dan akan sukar untuk diturunkan. Ini akan menyebabkan anda terperangkap.
Jika tingkap gagal diturunkan samada secara manual atau power window, pastikan benda tajam seperti screw driver ada disisi dan letakkan dibucu cermin dekat dengan lock. Ketuk bontot screw driver sekali atau dua kali. Cermin pasti akan pecah. Jangan panik dengan ketuk tingkap guna tangan atau siku. Jika tiada screw driver, alat alternative terbaik yang sedia ada dalam semua kereta ialah keluarkan headrest dan gunakan hujung besi headrest di bucu tingkap. Ikut langkah diatas.
INGAT! ANDA ADA 30 HINGGA 120 SAAT SEBELUM KERETA TENGGELAM SEPENUHNYA. INI SAHAJA MASA YANG ADA UNTUK KELUAR.
Jika ada anak kecil dalam kereta yang tenggelam, pemandu keluar dahulu dan hulurkan anak kecil kepada pemandu. Yang penting, JANGAN PANIK dan jangan menjerit. Bertindak dengan tenang.
Jika enjin mati dalam air, jangan cuba re-start jika tak mahu kereta jahanam. Kemungkinan minyak hitam dah bercampur dengan air dan air filter sudah basah akibat kemasukan air. Untuk uji ini, check minyak hitam menggunakan deepstick. Jika ada seperti susu, makan sah air sudah memasuki enjin. Terus panggil tow truck dan bawa ke bengkel untuk elak bil repair tinggi.
Untuk 4X4, jika gandar belakang terendam lama di dalam air, hantar ke pusat servis dan periksa minyak differential di belakang. Kemasukan air pada rear-diff sebenarnya sering berlaku tetapi tidak diketahui oleh kita sehinggalah masalah timbul.
Lepas meredah air, bawa kereta dengan perlahan kerana brek anda sedang basah. Warm-up dia dulu hingga kering dengan menenkan brek sekali sekala. Ini untuk mengeringkan brake disc, drum dan brake shoe. Jika bawa laju sewaktu ia basah, pastikan ada medical insurance yang masih valid.
Sebaiknya, jangan redah banjir jika tidak yakin terutrama sekali jika air terlalu deras. Jangan ikut orang, tapi fikir keselamatan diri. Jika anda keluarga di dalam kereta, lebih baik rehat sahaja ditepi jalan atau patah balik. Tetapi jika perlu juga redah, pastikan dalam keadaan gear rendah. Guna L atau D bagi auto atau gear 1 bagi manual. Jangan kejap perlahan, kejap laju. Pandu perlahan tapi jangan terlalu perlahan. Sebaiknya, pandu dalam gear rendah agar pemanduan dalam RPM tinggi. Bila RPM tinggi, anda tidak memandu dengan laju dan ia akan mengurangkan risiko enjin mati. Muncung ekzos berada dalam keadaan tinggi bila RPM tinggi. Ini akan mengurangkan kemasukan air kedalam ezon yang akan akibatkan air merayap masuk ke enjin.
Jika kereta anda tenggelam dalam air ketika banjir sebelum sempat dialihkan, bila air surut, pastikan:
JANGAN START! JANGAN START! JANGAN START!
Jika anda terus start, kena overhaul dan ini mahal woo...tapi jika anda panggil tow truck dan ke bengkel, jangan overhaul. Cukup sekadar flush sahaja. 3 hingga 5 kali flush untuk pastikan benar-benar tiada lagi air dalam enjin. Flush lebih murah dari overhaul. Kusyen basah bau hapak, itu pandai-pandai nak cuci atau tukar. Ikut kemampuan. Jika dicuci dengan sebersihnya, ia akan makan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk kembai berbau normal.
Jika anda tinggal di tempat yang mudah banjir dan dalam musim banjir, pastikan:
1. Ekzos disumbat dengan padat dan benda waterproof. Objektif ialah air tak masuk dalam ekzos.
2. Cabut
plug battery. Kalau boleh, angkat sekali battery tu keluar. Plug dah cabut buat apa lagi battery dalam kereta. Tapi simpan ditempat tinggi dirumah.
3. Keluarkan semua karpet dan barangan mudah alih dari kereta.
Tips diatas ini dilakukan bila kelihatan air dijangka akan naik tinggi dan kereta tak sempat diselamatkan. Tapi jika boleh selamatkan, alihkan kereta ke tempat lain yang lebih selamat.
Pastikan anda selamat dan dahulukan nyawa dari kereta. Semoga bermafaat dan kongsikan tanpa perlu tanya kebenaran saya jika ia berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan