Halaman

Khamis, 7 Januari 2021

Tentera Darat Malaysia Bantu Pembinaan Jambatan Sementara

 









Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sedang melaksanakan pembinaan jambatan di Kampung Lechar, Raub, Pahang bermula awal pagi 7 Jan 21.

Seramai dua pegawai dan 31 anggota RAJD terlibat dalam melaksanakan pemasangan jambatan tersebut dengan diketuai oleh Ketua Skuadron Bina, 91 Rejimen Bantuan RAJD, Leftenan Kolonel Norhejeri bin Shamsudin. Pembinaan jambatan tersebut akan menghubungkan semula jalan di antara Perumahan Makmur Lechar dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong serta Bandar Raub yang mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk yang terjejas sebelum ini.

Struktur jambatan sedia ada telah runtuh pada 3 Jan 21 disebabkan daripada hakisan tanah akibat arus deras Sungai Dong.

Jambatan yang dibina adalah sepanjang 24 meter dan lebar 7.35 m (2 lorong) yang mengambil masa pembinaan lebih kurang 8 ke 15 jam.

Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan yang dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Tentera Darat Malaysia secara gunasama. Walaupun keadaan jalan yang sempit dan tidak rata serta berbukit, Trup masih mampu melaksanakan proses pemasangan berdasarkan perancangan yang ditetapkan.- Raub 7 Jan 2021

Kredit FB TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan